innity

pages

Tuesday, June 13, 2017

Bazar Ramadan DIURUS oleh UMNO, 'Orang tak bagi, kenapa masuk juga'



Anggota Parlimen Kluang Liew Chin Tong dan anggota lain DAP tidak sepatutnya terus memasuki Bazar Ramadan Bandar Kluang kerana mereka tidak dialu-alukan di situ, kata Anggota Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim.

"Kalau rumah kita orang nak masuk, kita tak benarkan, maka kena hormatlah. Takkan dah orang tak bagi masuk, kita nak masuk juga.

"Ketua (Umno) bahagian Kluang sudah explain, dia marah kepada tindakan DAP yang suruh tutup bazar Ramadan itu satu ketika dulu masih memberi kesan. Tiba-tiba hari ini you datang balik, dia marah. Dia tak bagilah, lepas itu you provoke. Ini gaduhlah," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata bazar Ramadan itu sememangnya dikendalikan oleh anggota-anggota Umno Kluang.

"So if the organiser kata tak boleh, tak bolehlah. Serupa juga kalau dia nak berniaga, dia ada permit, ada lesen. So kalau orang tak bagi berniaga, you berniaga, orang marah juga," katanya.

Razali, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Subang, dalam satu majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk asal Muar.

Pada 10 Jun lalu, Liew dihalau keluar dari bazar Ramadan berkenaan ketika mengagihkan sumbangan buah kurma kepada pengunjung di situ.

Ini adalah kali kedua Liew dihalau keluar dari bazar yang sama, sejak 2014.

Awal hari ini, BH Online memetik Ketua Bahagian Umno Kluang, Md Jais Sarday yang menuduh DAP memulakan isu itu pada tahun 2007, dengan mendakwa DAP menggesa bazar itu dipindahkan ke tempat lain.

Razali berkata mereka perlu mengambil kira perasaan peniaga sebelum mengedarkan sesuatu secara percuma.

"Waktu saya di Muar, saya pun bagi (kurma percuma). Kita akan tanya dulu, sebab kamu mesti ingat sesetengah peniaga menjual kurma.

"Kalau seseorang datang dan beri kurma percuma, yang jual kurma akan terjejas, sebab orang akan dapat free. Macam kita bagi selalu kuih raya. Itu kita kena pastikan kawasan itu tiada orang jual kuih raya. Kalau saya bawa 1,000 bekas kuih raya dekat kawasan orang jual kuih raya, mesti orang jual kuih raya marah," katanya.

5 comments:

  1. Hallo bro. Jgn jadi bodoh.
    Nananya pasar. Pasar adalah tempat bebas. Sesiapa boleh masuk sesiapa boleh keluar. Tak peduli siapa yg urus. Malah orang takda duit pun boleh masuk.
    Kedua kalau ada orang bagi kurma takkan boleh buat peniaga kurma bengkerap. Bukan hari2 orang bagi kurma.
    Undang2 bukan di tangan pak Imam pasar.

    ReplyDelete
  2. Sepatutnya umno kluang buat kain rentang atau tugu peringatan di pintu masuk bazar ramadhan tersebut dan berbunyi begini;

    "PARTI2 POLITIK SELAIN UMNO TIDAK DIBENARKAN MENJALANKAN AKTIVITI MEMBERI (ATAU BERSEDAKAH) KURMA"

    ataupun nak lebih panjang skit...

    "PARTI2 POLITIK SELAIN UMNO TIDAK DIBENARKAN MENJALANKAN AKTIVITI MEMBERI (ATAU BERSEDEKAH) KURMA KERANA IANYA AKAN MENJEJASKAN PENDAPATAN PENIAGA LAIN SERTA JANGAN PEDULI DENGAN HIKMAH "REZEKI ITU DATANG DARI ALLAH S.W.T"

    umno? Kenapa harini ko lebih jumud dari PAS?



    ReplyDelete
  3. Alasan bodo timbalan menteri JPM. Kalau boss dah kaki kelentong , anak buah tentunya kaki putaq...

    ReplyDelete
  4. Can't you tell the difference between a HOUSE and a PUBLIC PLACE....err he is a deputy minister???

    You have a minister claiming 3.8 CGPA trying to hose down argument...but worst...,

    Another minister telling people he is more a THUG than anyone else...and he runs Tourism???

    To add another minister holding Education covering the BIGGEST THIEF by quoting some Sarawak's guy in order to justify an accusation of 9.5 million that simply could not be DENIED by the GIVER and the RECEIVER...huh???

    Whilst the education minister made fool of himself..., a retired KPN managed to made himself looked a larger than life FOOL and that includes the current KPNajib!

    Seriously, melayu muslims in dUMNO camp has gone so bloody lowww!!

    Ankara Lanun-Bugis habis terpalit semua najis kepada melayu yang lain....!

    ReplyDelete
  5. Jangan jadi bodo la bro...cuba tahun baru cina...kau bawak babi free kat orang nak beli babi...taukey pasar babi ada mara ka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com