innity

pages

Monday, June 19, 2017

[AKHIRNYA] Isa Samad letak jawatan Pengerusi FGV


KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures (FGV) yang dilanda krisis hari ini mengumumkan pengunduran Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi syarikat itu berkuat kuasa serta merta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV menyatakan bahawa Mohd Isa mengundurkan diri bagi memenuhi lantikan baru di sebuah agensi kerajaan dan untuk memberi tumpuan kepada hal-hal peribadi.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas FGV pada 1 Jan, 2011.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Mohd Isa dilantik sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

FGV dan kenyataan media Pejabat PM turut memaklumkan pelantikan Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Lembaga Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) mengesahkan peletakan jawatan Mohd Isa dari jawatan Pengerusi FGVH, dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan syarikat usaha sama.

Berikutan itu, Lembaga juga mengumumkan pelantikan Sulaiman sebagai Pemangku Pengerusi FGVH berkuatkuasa hari ini.

"Kumpulan FGVH mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Isa di atas sumbangan beliau kepada Kumpulan sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi.

"Kumpulan juga mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk masa hadapan," kata Lembaga FGVH.

Menuju ke hadapan, tambahnya, Lembaga FGVH dan pengurusan akan fokus kepada usaha menambahbaik tadbir urus korporat yang baik dan mengukuhkan prestasi kewangan Kumpulan FGVH.

2 comments:

  1. Satu kerugian besar kepada warga felda dan negara. Untunglah SPAD. Isa Samad ni terlalu hebat sampai Najib tak boleh nak rehatkan dia terus. Najib sorangbje yg nampak ketokohan isa samad. Rakyat lain semua bodoh tak tau nilai. Jasa dia terlalu banyak sampai najib letak dia pulak kat felda. Doa apalah isa samad baca agaknya. Ataupun dia dapat lailatulqafar awal. Lepas ni siaplah SPAD. Kita semua tunggulah apa dia nak buat lagi. Keajaiban yg jadi kat Felda dia boleh lepas macam gitu je ...

    ReplyDelete
  2. Masuk angin keluar asap..dah tau dia ni bermasalah dlm felda,yg dok pi hantaq dia kat spad tu apasal? dah tkda org lain ke yg boleh teraju spad ni adoiii..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com