innity

pages

Sunday, May 28, 2017

Zam: Era ’emas’ sudah runtuh, Umno tidak lagi diyakini rakyat

Umno tiada lagi masa depan kerana jasa parti itu sudah terpadam dan sukar menebus kembali keyakinan rakyat, kata bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Zam berkata keadaan ini berlaku kerana barisan pucuk pimpinan Umno sekarang, masing-masing mahu jadi “lebih besar” daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sekarang nilaikan seorang demi seorang, apakah ada di antara mereka layak dan diyakini untuk menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak?” soal Zam dalam catatan blognya.
Mengimbau era pemerintahan perdana menteri selepas pengunduran Dr Mahathir pada Oktober 2003, yang digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketua pengarang Kumpulan Utusan itu berkata, perdana menteri ke-5 itu menempah sejarah “lebih besar” kerana menjanjikan kebebasan bertaraf demokrasi dunia kepada rakyat.
“Atas nasihat menantunya, Pak Lah memberi ganti rugi jutaan ringgit kepada hakim-hakim yang pernah dihukum Dr Mahathir kerana menghalang dasar negara.”
Apabila Najib menggantikan Pak Lah, beliau mahu menjadi “lebih besar” lagi. Najib yang mahu menjadi bapa demokrasi Malaysia menghapuskan Akta Hasutan dan Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang turut disambut baik pembangkang.
Kata beliau, apabila 2 perdana menteri ini mahu menjadi lebih ternama dan teragung berbanding Dr Mahathir, maka rakyat yang menjadi mangsa.
Malah kata beliau, kedua-dua mereka kemudian hilang keyakinan yang tidak pernah dirasakan sejak era pemerintahan perdana menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir.
“Mereka rasa harapan dan amanah yang diletakkan pada pemimpin negara sudah dikhianati,” tulis Zam lagi.
Zam seterusnya berkata, bagaimana rakyat boleh yakin semula kepada Umno jika semua media kerajaan tidak lagi diyakini.
“TV3 tidak lagi ditontoni dan akhbar perdana juga tidak terjual.
“Rakyat tidak lagi percaya kepada angka pertumbuhan ekonomi dan cerita kedatangan modal berbilion ringgit.
Beliau berkata, keyakinan hilang kerana pengurusan ekonomi dan politik negara berjalan secara “ad hoc” (gopoh-gapah), tidak menilai intergrasi, tidak tetap pendirian dan tidak konsisten kerana mahu tutup kecurangan besar yang berlaku.
“Wawasan 2020 juga dikelirukan dengan Transformasi Negara 50 (TN 50), satu pengkhianatan kepada Dr Mahathir dan kini Proton pula tidak lagi menjadi kereta nasional, yang suatu ketika dulu jadi kebanggaan rakyat.
“Banyak lagi kegagalan ekonomi dan politik yang menghakis jasa Umno yang selama ini orang Melayu bangga dan terikat dengannya,” kata beliau.
Beliau berkata, rakyat menganggap pentadbiran Dr Mahathir adalah era teragung dan bermaruah dalam sejarah.
Katanya, bekas presiden Umno itu juga mengukuhkan institusi beraja supaya dihormati dan tidak mencampuri urusan rakyat.
“Kini hanya tinggal kenangan, era ‘emas’ Umno runtuh di bawah pimpinannya yang mengalami masalah besar untuk menebus kembali maruah, agama dan negara,” kata Zam. - FMT

11 comments:

  1. Rasanya ckp ko zam lg ramai org tak percaya..klu ikut ckp ko ni zam sapa pun yg jd pm walau dr pkr ka dap ka pas semua mmg xbagus hanya tum m saja yg maha hebat kan...sudahla makan dedak tun, cari la keje sendiri pl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn ikut cakap Zam maka lebih baik join sykt cina geely...bole jgk dpt duit buat kreta cina...

      Delete
    2. Kata omputih "proven with results" Ramai yang percaya bro! Ko tak percaya pon tak per. Hidup buka mata bro jng mata tertutup. Tu orang celek yang buta.

      Delete
    3. Apa lah semak sangat fikiran Anon 5:21 pulak,,ini kenyataan bukan Zam fitnah,,justru seluruh dunia tahu tentang kerajaan Malaysia dikatakan KLEPTOKRASI adalah benar,,kita kena terima dengan hati yang terbuka bahawa kepimpinan Najib Razak aka MO1 adalah yang paling dahsyat dan paling teruk dalam sejarah Negara.......!!

      Delete
    4. Dr m telah buktikan kehebatannya.
      Najib masih terkial2.
      Tindakan Tun memusingkan jarum jam sampai hari ini tidak dapat dihapuskan.
      Najib pun pakai jam Tun.
      Hehehe

      Delete
  2. Anon 5.21 diatas ni bangang.

    ReplyDelete
  3. Replies


    1. Apa yang kau tersengeh-sengeh ni malaun 7.19 oiii!

      Orang bahas tentang fakta, kau nak cuba auta.


      Delete
  4. Hapus najibrazak. Hapus umno hapus bn hapus kleptokrasi.
    Kuasa rakyat hapuskan umno bn

    ReplyDelete
  5. Apa yg zam cakap memang benar. Cuma pilihan baru juga mengecewakan rakyat. PKR tak matang, DAP anti islam, Amanah parti ikut telunjuk DAP, PAS keliru dan tak konsisten, ikut selera tok guru, Bersatu tak jelas apa yg dibawa, BN dah nzak. Aduuuhhhh....rakyat dalam dilema. Masa musuh tersenyum

    ReplyDelete
  6. Rasanya BN lagi vagus berbanding yg lain....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com