innity

pages

Saturday, May 27, 2017

VIDEO KJ enggan jawab soalan Malaysiakini



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin enggan menjawab soalan daripada wartawan Malaysiakini dan menuduh portal berita itu mengamalkan 'kewartawanan berat sebelah.'

Dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam, seorang wartawan cuba mengemukakan soalan kepada Khairy namun beliau dilihat memandang ke arah lain.

Wartawan: "YB, berapa allocation (peruntukan) untuk..."

Khairy: “I'm not taking questions from you. (Saya tidak akan jawab soalan anda)

Khairy: "I know where you are from, you are a purveyor of one-sided journalism. (Saya tahu anda dari media mana, anda mengamalkan kewartawanan berat sebelah)

Khairy: "No questions from you. Next (Tiada soalan dari anda. Seterusnya,” katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Kumpulan Masa Depan TN50.

Terdahulu, wartawan Malaysiakini berniat untuk bertanyakan soalan mengenai berapa jumlah peruntukan bagi menganjurkan sesi dialog TN50.

3 comments:

  1. Bila nenek tengok betul2 si Khairi ni memang sebijik mat bangla....he...he...

    ReplyDelete
  2. knp melayu suka pilih menteri drpd anak org kaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan bodoh...cina pun sama, anak org kaya jd wakil pemimpin tertinggi. Kalau takda duit mcmna nak beli macai? Ko ingat cina kafit baik sangat? Depa pun menipu melayu cuma melayu tak sesar dan mudah diperdaya dgn.kata2 manis dan lakunan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com