innity

pages

Friday, May 19, 2017

Polis digesa tangkap Mat Over

Polis sekali lagi dituntut mengambil tindakan ke atas pelakon Sulaiman Yassin yang menyerang penerbit filem Datuk David Teo di khalayak ramai pada sebuah majlis dihadiri perdana menteri Rabu lalu.
Peguam dan Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh berkata kegagalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak akan hanya memberikan mesej buruk mengenai kecekapan polis di samping “satu tamparan kepada prinsip kedaulatan undang-undang”.
“Saya menyeru supaya Khalid mengambil langkah perlu dengan menangkap Sulaiman bagi menyiasatnya kerana menyerang Teo,” kata Ramkarpal dalam kenyataan hari ini, sambil menambah Khalid sedia maklum polis perlu bertindak walaupun tanpa laporan polis, oleh kerana rakaman kejadian itu tersebar luas.
Beliau berkata kegagalan polis berbuat demikian akan ditafsirkan sebagai kelalaian Khalid dalam tugasnya di samping memberikan mesej “orang ramai boleh terlepas daripada tindakan walaupun jenayah dilakukan di hadapan perdana menteri”.
Dalam insiden di Seri Perdana, Putrajaya Rabu lalu, sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Datuk Seri Najib Razak dan puluhan penggiat seni terganggu seketika apabila Teo tampil mempersoalkan moderator Datuk Rosyam Nor kerana tidak memberi peluang kepada mereka yang berada di barisan belakang.
Keadaan menjadi kecoh apabila Sulaiman, juga dikenali sebagai Mat Over, tiba-tiba meluru ke arah pentas dan menampar Teo, sambil disaksikan Najib.
Teo dan Mat Over kembali ke pentas di akhir sesi itu untuk memohon maaf kepada Najib. Bagaimanapun, Mat Over dilaporkan berkata beliau tidak menyesali perbuatannya, malah berkata ia perlu supaya mengajar Teo yang menurutnya biadap terhadap Najib.
Insiden itu menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata kejadian itu memalukan, sambil mempersoalkan kelewatan meleraikan Mat Over dan Teo.
Namun, ada juga pihak seperti beberapa kumpulan pro-Umno, yang menyalahkan Teo kerana “biadap” terhadap Najib.
“Dunia yang pelik. Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai?” kata Teo kepada FMT semalam.
Kawalan lembap
Sebelum ini, peguam PKR N Surendran mempersoalkan Najib kerana tidak menegur Mat Over.
Surendran berkata tindakan Mat Over jelas satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Ramkarpal hari ini mempertikaikan mengapa Mat Over yang jelas dilihat sedang meluru ke arah Teo tidak dihalang serta merta oleh pasukan keselamatan.
“Pemerhatian rakaman insiden yang menjadi viral itu menunjukkan Sulaiman meluru ke arah Teo di hadapan 2 pegawai polis yang berada di sebelah Teo. Sepatutnya sudah jelas Sulaiman perlu dihalang atau diberkas sebelum dia sampai kepada Teo, tetapi kedua-dua pegawai polis tidak berbuat apa-apa mengelak insiden itu daripada berlaku walaupun ia mudah dilakukan mereka.
“Bagaimana sekiranya sasaran Sulaiman ialah perdana menteri sendiri? Apakah kawalan keselamatan pada masa itu pun masih longgar?” soal Ramkarpal.

9 comments:

  1. Nampak tak? Bila melayu buat kesalahan siapa org yg paling lantang mempertahankan cina? DaP. Kenapa DAP gunakan lawyer benggali anak karpal ni sbb cina DAP tak nak nampak jelas sgt cina pertahankan cina.

    Walhal kes dah settle, davud teoh tak nak charge apa apa pun.

    Blog melayu pulak ramai2 pertahankan david teoh. Korang tahu tak apa agenda david teoh? Kenapa dia hasilkan byk filem tak berkualiti dan sanggup rugi dan tabur duit utk hasilkan filem merosakkan minda umnat melayu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oii bahlul cuba bapa ko yg kena tampar mcm tu apa ko rasa

      Delete
  2. Peguam dap ni byk lg kes yg tak selesai dah nak tambah isu baru..cukup2 lawyer dap oi kamu ahlibparlimen pg lah berkhidmat sehabis baik pd rakyat yg undi kamu..asyik berpolitik 24 jam naik sesak rakyat..kamu goyang kaki gaji beebelas ribu rakyat undi kamu penat nak dpt seribu pun..tolongla mereka..cukup2 la nak jdkan semua isu..pasahal byk rakyat dlm kaw kamu ada yang menderita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu kepala otak kolh anon.. ni soal perundangan... kna fham baik2.. bodo x bole dbentuk..

      Delete
  3. Bro..org melayu yg biadap bila tampr org lain dlm majlis yg kedua nya adalah tetamu..MO bole ja ramps mic frm david teo kalau tak nak bg dia tros ckp..tak payah nak blame org lain mcm dap or sapa2..dah salah tu mengaku ja la..tp org yg kena tampar pulakkena mintak maaf..

    Bro , beratus drama n movie melayu yg merendahkan akal n intelektual ditayang time ptg2 n maghrib kat tv tu kau bole tgk..yg tu bukan metro wealth punya pon..penerbit melayu sendri..apasal tu kau tak nmpak..? Tu pon dap ir bangsa lain punya keja jgk? No wonder melayu dok melukut di bumi sendri..dah bg mcm2 bantuan dari lepas merdeka tp still mundur pasal pandai blame org lain ja..

    ReplyDelete
  4. hang bodoh, apa yg ngo melayu buat @ melalak org kena pukul kena minta maaf .... apa hang ingat malaysia ni takde undang - undang ka .... kalau aku tak suka hang aku boleh pukul hang ka.... akai ada ka @ jangan jadi barua menagih lebihan dedak cakap pakai otak

    ReplyDelete
  5. Yg kena dakwa sepatutnya david teo, memang elok pun mat over tampar dia sb dia memang kurang ajar dgn ramai artis melayu.

    ReplyDelete
  6. Anon diatas ni mabok todi ke komen entah apa2...asyik dok main perkauman je...

    Bodo tak bertempat!!...baigamana kalau muka kamu yang dilempang oleh Mat bengong tu??...

    ReplyDelete
  7. Tertarik kata2 moderator rosyam nor...

    "Kita berasa malulah, YAB Perdana Menteri jemput datang ke rumah...."
    .
    .
    .
    .
    "Kita berasa malulah"

    Kenapa kami rakyat malaysia perlu berasa malu dengan ketua lanun merangkap ketua penyamun, ketua pencuri no 1 negara?
    .
    .
    .
    .
    "Jemput datang kerumah..."

    Rosyam nor, rumah yg dimaksudkan adalah milik rakyat malaysia!

    Bukan milik "harta pesaka" keluarga najib!

    Faham tak rosyam nor?

    Adakah pencacai najib fikir rakyat begitu bodoh?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com