innity

pages

Friday, May 5, 2017

Pas semakin LEMAH, ahlinya pula KELIRU - penganalisis


Pas, sebuah parti politik yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam, kini dikatakan semakin terpinggir dari arus perdana politik negara, kata seorang penganalisis politik.

Portal Malaysia Dateline dalam laporannya mendakwa, ahli-ahli Pas juga keliru dengan kepimpinan mereka yang dilihat tidak dapat menjelaskan hala tuju parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kekeliruan ahli-ahli Pas timbul ekoran sikap pemimpin mereka yang dilihat lebih mesra dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini merupakan musuh tradisi parti itu.

Hujah mengatakan Pas semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dibuat hasil kajian lapangan yang dibuat oleh Ilham Centre yang menemui ahli-ahli Pas diseluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar mendakwa hasil kajian lapangan pihaknya mendapati ahli Pas dipeingkat akar umbi tidak setuju dengan pendekatan kepimpinan parti itu yang lebih mesra dengan UMNO berbanding bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain.


"Ahli bawah yakin, suasana tidak akan memihak mereka jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan mereka lebih setuju dielakkan perkara itu dengan memastikan berlakunya pertandingan dua penjuru pembangkang melawan BN," katanya seperti dilaporkan Malaysia Dateline.

Hisomuddin mendakwa, pendekatan Pas yang enggan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Dap menyusahkan parti itu sendiri.

"Tindakan pimpinan Pas meletakkan dasar tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah dari awal-awal lagi bagi saya adalah satu kesilapan.

"Ini kerana, politik ini adalah serba mungkin. Apabila sudah dijadikan dasar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, ia menyebabkan pergerakan Pas akan terhad dan terkongkong dengan perkara ini.
"Jika tiba-tiba boleh pula bekerjasama dengan kedua-duanya, Pas akan dilihat tidak ada pendirian pula," kata Hisomuddin.

Ujar beliau, keputusan kepimpinan Pas yang hanya menjalinkan hubungan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi dalam masa sama tetap enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP menulitkan kedudukan parti itu sendiri.

"Ahli biasa Pas atau mana-mana pendokong parti politik lebih senang berfikiran mudah dan jelas bukan berliku-liku," katanya.

Hisomuddin menjangka ahli-ahli Pas yang keliru ini berkemungkinan menyertai atau memberi undi kepada Amanah jika parti serpihan Pas itu lebih jelas halatuju dan tindakan mereka.

"Pas boleh kehilangan ahli yang kritikal semacam ini jika terus bersikap begini," kata Hisomuddin.

Sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengelirukan ahli-ahli parti itu.

Abdul Hadi dilihat mesra dengan UMNO manakala Tuan Ibrahim pula cenderung untuk bersama pakatan pembangkang.

"Ketika orang nombor satu Pas dan penyokong tegarnya dilihat mendekati pemimpin Umno, orang nombor dua pula dilihat menjauhi dari Umno dan mahu mendekati parti pembangkang yang lain.

"Namun mesej orang nombor dua juga dilihat terkongkong kerana dasar tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah ini.
"Jadi dari hari ke hari Pas dilihat semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dan ahlinya terus keliru," katanya.

6 comments:

  1. orang pas rilek je xde keliru. pakatan harapan yang nampak celaru sgt skrg ni. ntah sape bos sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau walaun tak keliru mesti walaun tu bodoh!!!

      Presiden PAS mengaku perjuangkan Islam tapi kaki makan duit haram!!!

      Delete
  2. Kena selidik juga penganalisis ni sokong sapa..klu dia sokong pan or dap or ph pastilah kajian lapangan dia mcm tu..ramai pl penganalisis muncul skrg ni..

    ReplyDelete
  3. U yng keliru ilham centre nytkn kajian nya bkn sentimen.. berpijak dbumi yng nyata jgn idup dgn persepsi... kuar skit dri bwh tempurung...

    ReplyDelete
  4. Penganalisis PAS selamanya keliru!!!

    Seumur hidup Harakah buat analisis semuanya menang bila pilihanraya tiap-tiap kali kalah!!!

    Maksudnya kalau kita baca harakah kita kena memahami secara terbalik. Contohnya:

    1. Kalau harakah tulis Perdana Menteri Kanada masuk Islam maksudnya Perdana Menteri Kanada masih lagi bukan Islam

    2. Kalau Harakah tulis jahanam PAN maksudnya PAS yang jahanam sampai kena ribut sampai melingkup

    3. Kalau Harakah tulis lima negeri Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Terengganu menang maksudnya lima-lima negeri tu PAS kalah satu kerusi pun tak dapat

    4. Kalau PAS kata Hadi Awang ulama besar maksudnya Hadi Awang setan gondol kaki makan duit haram perut boyot sokong syiah tak sedar diri

    Bila kita selidik penganalisis tu sokong PAS kena fahamkan secara terbalik!!!

    Walaun je bodoh baca straight forward!!!

    ReplyDelete
  5. Balik ke pangkal jalan apabila sesat,,
    Peminpin2 Pas & Ahlinya seharusnya menonton semula semua video di YouTube pesan dan nasihat Allahyarham Tok Guru Nik Aziz tentang visi & misi PAS....!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com