innity

pages

Sunday, May 14, 2017

PAS KHIANATI RAKYAT: Tun M: BN AKAN MENANG jika Pertandingan 3 Penjuru

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pertandingan 3 atau 4 penjuru antara parti utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan memberi kemenangan kepada BN.

Bekas perdana menteri itu berkata, parti pembangkang yang bekerjasama di bawah Pakatan Harapan berkemungkinan besar menang jika pilihan raya hanya membabitkan mereka dan BN.

Bagaimanapun, katanya, ada parti lain yang kononnya akan menurunkan calon untuk melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN.

“Kesannya ialah pengundi yang berhasrat mengalahkan Najib akan berpecah 2 atau 3.

“Penyokong Najib, kerana sebab-sebab tertentu akan bersatu mengundi BN. Najib akan menang kerana berpecahnya undi pembangkang.

“Dengan perkataan lain, parti-parti yang memecahkan pengundi penentang sehingga pertandingan menjadi 3 atau 4 penjuru, sebenarnya menyokong BN dan Najib,” tulisnya dalam blognya semalam.

Beliau menyifatkan tindakan parti itu sebagai mengkhianati usaha menjatuhkan Najib dan menghentikan kerosakan kepada negara.

“Najib akan teruskan cara pentadbiran yang umum tahu,” katanya.

Walaupun Dr Mahathir tidak menamakan mana-mana parti, ia difahamkan beliau merujuk PAS.

Khamis lalu, PAS menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR selepas Majlis Syura Ulamanya meluluskan usul dikemukakan di Muktamar PAS ke-63 pada 30 April lalu.

Pada 12 Februari lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menutup pintu kerjasama dengan PPBM dengan alasan parti Islam itu tidak akan bekerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

Dr Mahathir juga mendakwa pemimpin Pakatan Harapan merancang mengambil alih negara pada PRU14 mempunyai rekod tanpa jenayah atau penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata, mereka mempunyai keupayaan dan pengalaman untuk menguruskan sebuah kerajaan baru jika BN digantikan.

“Kerajaan yang bercadang mengganti Najib ialah kerajaan parti campuran pembangkang yang akan dipimpin pemimpin-pemimpin yang mahir dalam politik dan dibantu dengan mereka yang berpengalaman dalam pentadbiran negara.

“Mereka tidak ada rekod jenayah atau menyalah guna kuasa. Mereka terpelajar dan pernah menjadi anggota kerajaan.”

33 comments:

  1. Semoga Allah swt tunjukkan kita siapa sebenarnya Hadi Awang ni. Takde hebat langsung Hadi ni. Macam kita jugak. Tak payahlah nak besarkan dia ni. Jauh sekali rendah taraf dia kalau dibanding dengan Tok Guru Nik Aziz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa a ,memang,,mhluk biasa je brselindung dbalik serban...

      Delete
  2. Jawatan exco itu dipilih rakyat. Buat keputusan utk sokong najib itu keputusan pemimpin, ahli ikut sahaja. Utk tipu ahli kata kami akan lawan bn, tapi tujuannya sokongan padu utk najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawatan exco diluluskan oleh sultan lah dengan nasihat menteri besar. Biar menteri besar nasihat suruh tukar exco.

      Delete
  3. Pas lah pengkhianat islam..pengkhianat negara malaysia..pengkhianat bangsa melayu..

    ReplyDelete
  4. Pas lah pengkhianat islam..pengkhianat negara malaysia..pengkhianat bangsa melayu..

    ReplyDelete
  5. Apa bende yg tak ada penyalahgunaan kuasa.. lim guan eng yg dah didakwa dimahkamah tu apa?? Takkan kes yg terang2 itu pun TUN tak tau?????? Malu la!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib apa pasal tak dakwa pulak. Terang2 samun. Habis semua kena tangkap tapi najib masih lagi bebas. Nak adil siasatlah najib jugak. Ini tidak. Abis semua kena tukar. Yg naik pangkat pun sekali. Tak payahlah nak cakap pasal LGE ni. Org tak puas hati bukan pasal dia sorang je. Yg depan mata kita ni yg samun senang lenang. Kau nak suruh rakyat diam ke ...

      Delete
    2. Lagi hebat perompak mega yang berkubu di balik akta dan undang=undang untuk selamatkan diri dari didakwa. Ini temboloknya lagi besar dari kawah gunung berapi.

      Delete
    3. Didakwa.???. Dah terbukti ke bersalah....dan hakimnya x berat sebelah kerrr???

      Delete
    4. Berpppp...kenyang

      Delete
    5. Apa kesalahanya "AnonymousMay 14, 2017 at 12:47 PM"
      membeli "Lot Banglo dibawah harga pasaran ke?" HA... HA.... HA....

      Apa cerita pulak kes 1MDB beli tanah harga berlipat kali ganda & jual pada harga pasaran?

      2.6B pada mulanya tak mengaku masuk dalam acc. akhir sekali dibongkar baru nak mengaku.

      banyak lagi kes ini sebahagian sahaja....

      siapa yg tak TAHU MALU "AnonymousMay 14, 2017 at 12:47 PM"

      Delete
    6. Selective prosecution...tuh 12:47 pm is so clueless?

      Ghani Patail was forced to retire on health ground yet he could still be admitted to the Bar to continue in private practice...are you that stupid not to see such blatant abuse of power? And, from that sacking follows all sorts of lies and further sacking including elected TPM, borrowing PM01 own words that he is elected PM!?

      Yang malu kamu tuh...big-time bangang!

      Delete
    7. salaj huna kuasa, yg dibicarakan dgn yg dinfa kam walau sah adalah sgt tak sama.
      Yg satu ikut undang2.
      Yg satu lagi ikut ubdang LANUN.
      RAKYAT TIADA PILIHAN DLM PILIHANRAYA14.
      UMNOBN klepto-aristokrat dan
      PAS BRAHMIN perlu dikuburkan

      Delete


    8. Sesiapa yang menyokong PH walau pun jumlahnya kecil, Tun M menganggap sebagai rakyat,
      Puak2 yang menyokong BN walau pun jumlahnya besar tidak dianggapnya sebagai rakyat.

      Satu tamggapan yang ZALIM.

      Delete
    9. lim guang eng punya kes libatkan duit dia sendiri n skrg tgh tggu prosiding mahkamah. sebaliknya kes 1MDB tu libatkan duit rakyat.berbiliun pulak tu di songlap.then guna pengaruh tutup kes tanpa further action.tu kau tak nampak ka weii???Malu la!!!!!

      Delete
    10. lama bebenor kome cuti CG.

      mana lg berita baru?

      Delete
    11. LGE tidak khianat usaha jatuhkan UMNOBN yg Mungkar.
      PAS khianat usaha jatuhkan Mungjar
      Itu pun tak faham , atau sengaja tak faham sebab tertelan upah 90J.
      Begitulah terus mekarnya cinta Lanun dan Taliban.

      Delete
  6. Hadi silap percaturan penyokong tum sebenarnya nk sokong pas itu pun kalau hadi sekali dok dgn tun m .jika tidak hadi tk yah mimpi nk jadi pm.nampak nya hadi ni suka jadi pencacai jer...penyokong najib plak adA asyuk baru jalan macam tolak keta lembu..kesian hadi kiri kanan kena main lubang dh besar hari2 kena belasah

    ReplyDelete
  7. Bodoh betul statement yg mengatakan PH tiada rekod penyalahgunaan kuasa....betul2 buta n bangang...

    ReplyDelete
  8. Bodoh betul statement yg mengatakan PH tiada rekod penyalahgunaan kuasa....betul2 buta n bangang...

    ReplyDelete
  9. Bolehkah kita berharap kata2 janji dari mulut orang yg telah mencipta dan melantik sendiri pengkhianat yg dia sekarang lawan. Terbukti dia Tun M adalah sekadar ahli politik yg dia sendiri tak sedar apa yg dia dah buat 20 tahun semasa berkuasa. Tun M melahirkan monster bukan minister dr kalangan pengikutnya. Monster jg lahir dari kalangan pembangkang jg tak kurang handal seperti Anwar, yg membuka laluan kpd yahudi Amerika pro Israel, PAN yg sebenarnya penyokong Anwar yg berada dlm UMNO menyusup dlm PAS, LGE monster yg bersekongkol dgn Evengelist zionist. Hindraf bersekongkol dgn ekstrimist Tamil.

    Siapa yg kita nak percaya? Rakyat tetap diperdaya oleh ahli2 poliik yg ada sekarang baik kerajaan maupun pembangkang. Carilah bahtera yg selamat dan pejuang sebenar bangsa dan agama.

    ReplyDelete
  10. DARIPADA JILAT GUAN ENG, TGHH SEPULUH KALI LEBIH BAIK

    ReplyDelete
  11. Yang tidak dijangka, gerombolan UMNO mungkin ade yang menyokong Tun M? Orang melayu yang pentingkan maruah bangsa melayu mungkin akan berfikir spt apa yang diberitahu oleh che det berkenaan 'keburukan" tingkahlaku kepimpinan UMNO yg sedang hangat dipersada dunia.

    Jika UMNO diam dan tidak respons dengan kecaman dunia maka bagaimana pula pandangan orang cina, India , Kadazan dll yang menjadi entiti rakyat Malaysia. Tidakkah masa depan negara khususnya orang Melayu akan datang dipersoalkan kewibawaan sebagai PM.

    Jika UMNO sambut dan berani berhadapan dengan dunia maka buktikan atau yakinkan dunia bahawa pemimpin UMNO tidak kleptocrasy seperti yg didakwa. Menyuruh rakyat supaya jangan percaya... tidak membantu maruah UMNO kearah penyelesaian.

    Jadi pertikaian UMNO dan Tun M dilihat akan memberi kelebihan kepada Tun M.

    ReplyDelete
  12. Yg dlm filem 40 juga lanun nya
    40 dulu 40 skrg berbelit dikepala
    Yg dulu Ketua naik basikal mini
    Yg sekarang naik A9 Audi.

    Yh dulu duduk dlm gua.
    Yg skrg dlm majlis dan syura
    Yg dulu sembunyi dalam.tempayan
    Yg skrg, megah curi berdepan.

    Yg dulu ketuanya Ramlee
    Yh skrg kepalanya Eddy
    Yg 40 dulu lanun bersendiri.
    Yg laani ,berjemaah dgn pencuri.

    Moga rakyat sempat bangun, berdiri
    Tolaklah puak aristoklepto dan lobai tak sadar diri.
    Kita tidak lagi ada pilihan.
    INI DEMI MASA DEPAN.

    YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA, DAN RAKYAT, TANPA KIRA KAUM ATSU AGAMA.
    ...Demi anak.cucu

    ReplyDelete
  13. Yg dlm filem 40 juga lanun nya
    40 dulu 40 skrg berbelit dikepala
    Yg dulu Ketua naik basikal mini
    Yg sekarang naik A9 Audi.

    Yh dulu duduk dlm gua.
    Yg skrg dlm majlis dan syura
    Yg dulu sembunyi dalam.tempayan
    Yg skrg, megah curi berdepan.

    Yg dulu ketuanya Ramlee
    Yh skrg kepalanya Eddy
    Yg 40 dulu lanun bersendiri.
    Yg laani ,berjemaah dgn pencuri.

    Moga rakyat sempat bangun, berdiri
    Tolaklah puak aristoklepto dan lobai tak sadar diri.
    Kita tidak lagi ada pilihan.
    INI DEMI MASA DEPAN.

    YA ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA, DAN RAKYAT, TANPA KIRA KAUM ATSU AGAMA.
    ...Demi anak.cucu

    ReplyDelete
  14. meraban sampai begitu sekali tun mahathir ni. undi adalah hak setiap individu. mana ada pakej undi? setiap individu akan mengundi mengikut pilihan masing2. dimana soal khianat itu timbul? sebab tak sokong kerja2 tun mahathir untuk jatuhkan bn maka dikira pengkhianat? dimana hak seorang individu rakyat malaysia yang layak untuk bebas memilih pemimpin jika pilihan yang tidak mengikut kehendak tun mahathir dikira sebagai pengkhianat? yang diikhtifat sebagai pengkhianat adalah individu yang bercakap di luar negara dengan memburuk-burukkan negara sendiri sedangkan sebenarnya situasi tidak begitu. soal ekonomi, soal kebajikan rakyat dan sebagainya digambarkan bahawa malaysia kini dalam keadaan teruk, namun penilaian pihak luar kepada malaysia tidak pulak begitu. inilah sebenarnya pengkhianat, bukan rakyat malaysia yang tidak setuju dengan tun mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu pengkhianat buat lapur diluar. Pihak.luar pun kata rejim bagus sgt..sebab apa, rejim sendiri nak tarik balik saman khairudin dan chang?
      Ewaah, pusing tak lepas tu 1253.
      Lain kali ko check inti hujah ko tu dulu, lembu atau babi !
      Bengap tol, sia2 dpt A9 !

      Delete
  15. Najib bila nk dakwa plak...itu pun tk nampak ker

    ReplyDelete
  16. anjing2 DAPigs menyalak kat sini... DAPigs RBA itu sangat celaka !!!

    ReplyDelete
  17. Meetings after meetings were held between Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) and PAS representatives to forge political cooperation, Bersatu’s strategist Rais Hussin Mohamed Ariff says.

    But ultimately, the plans were foiled. And this, Rais said, were the result of a group of five within PAS - the group that was “working very hard for Umno”, he said.

    He named the five as PAS election director Ahmad Samsuri Mokhtar, PAS information chief Nasrudin Hassan, PAS lawmakers Mohd Khairuddin Aman Razali and Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz and PAS research director Ahmad Zuhdi Marzuki.



    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/382325#ixzz4hCffvzRD

    ReplyDelete
  18. Hadi....dah sembuh?

    Hadi...i have to say this to you

    EXPLAINING AWAY THE TRUTH

    It is no good at all 
    to conjure all sorts of reasons 
    to explain away truth: 

    One could subscribe to truth 
    only when one has self-respect in the first place; 

    When a man tells untruths, 
    he has no respect for himself 
    and little would he do better for others 
    except for his own gain; 

    And when a man tells lies, 
    he has a tendency to forget: 

    With one lie after the other, 
    eventually he would be caught 
    in his own tangled web

    ReplyDelete
  19. Mahkamah bawah kuasa siapa .. ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com