innity

pages

Wednesday, May 31, 2017

[Rosak Negara Tahun 2050 TN50 jika ini kualiti Menteri] Mufti Selangor jawab KJ, sumber telah diatur


Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid menjelaskan, sumber untuk membantu fakir miskin dan menangkap orang ponteng puasa sudah diatur dan disediakan dari awal.
Beliau berkata demkian sebagai respon kepada twit Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mencadangkan agar sumber yang jabatan agama gunakan untuk menangkap golongan “ponteng puasa” digunakan untuk membantu asnaf yang memerlukan bantuan.
Menjawab cadangan itu, Mohd Tamyes berkata, bajet untuk bantuan fakir miskin sudah disediakan bagi bulan Ramadan, dan lembaga zakat sudah mengenal pasti penerimanya.
“Malah lembaga zakat turut mengenal pasti siapa dalam kalangan fakir miskin dan asnaf lain yang akan mendapat bantuan bulanan atau bantuan tertentu yang lain.
“Sumber daripada jabatan agama telah disusun atau mengikut sasaran kerja tahunan yang telah diatur daripada awal tahun atau daripada tahun lepas lagi,” katanya yang dipetik daripada portal.
Tamyes berkata, jabatan agama bertindak mengikut undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
“Sama ada melalui enakmen yang telah ditentukan atau enakmen tertentu yang dipastikan kena laksanakan. Ini memang telah dirancang.
“Maknanya setiap pegawai ataupun bahagian itu telah merancang, termasuklah menangkap orang yang tidak berpuasa,” katanya.

1 comment:

  1. Dulu.lagilah bagitau. KJ ni tak pandai mana. Menipu paling pandai. Ikut je pergerakan dia. Taulah sebenarnya sapa KJ ni. Takde hebat apa pun. Duit je banyak hasil samun. Pegawai dia samun duit kat kementerian dia claim taktau. Tang mana pandainya KJ. Takyah kagumlah dgn KJ ni. Tin kosong je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com