innity

pages

Wednesday, May 3, 2017

Logo Pakatan Harapan bakal muncul tiga minggu lagi

Logo bersama yang akan digunakan oleh semua parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) pada PRU 14 nanti bakal dipamerkan kepada umum sekitar tiga minggu lagi.
"Semalam semua pimpinan utama PH telah bermesyuarat dan kita telah putuskan akan menggunakan logo yang sama," kata presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu di majlis ceramah Pakatan Harapan di Pengkalan Chepa malam tadi.
Semua pemimpin utama hadir semalam termasuk Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Tun Mahathir Mohamed dalam mesyuarat itu, katanya.
"Sekali lagi kita pertegaskan PH akan menggunakan satu logo, satu manifesto dan hanya satu calon PH untuk melawan Barisan Nasional," katanya.
Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam yang meluluskan struktor dan logo untuk didaftarkan kepada RoS.Sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan semalam yang meluluskan struktor dan logo untuk didaftarkan kepada RoS.Untuk pertama kali katanya mesyuarat bersetuju untuk menerima struktur gabungan pembangkang yang akan segera didaftarkan.
"Penasihat gabungan ini adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibarahim.
"Sementara beliau masih ditahan dipenjara, Datuk Seri Wan Azizah akan mewakilinya," katanya.
Pengerusi gabungan ini telah dipersetujui iaitu Datuk Seri Wan Azizah Ismail, manakala tiga timbalan pengerusi terdiri Mohamd Sabu (Amanah) Muhyidin Yasin (Bersatu) dan Lim Guan Eng (DAP).
"Tiga lagi pemimpin kanan setiap parti akan disenaraikan sebagai ahli jawatankuasa yang akan didaftarkan," katanya.
Beliau yakin dengan wujudnya gabungan baru ini satu sejarah besar bakal tercipta di negara ini.
"Dua tokoh besar yang bertembung hebat kini bergabung demi menyelamatkan Malaysia.
"Saya sendiri seperti tidak terfikir situasi ini menjadi kenyataan," katanya.
Beliau memuji semangat tinggi dan jiwa besar yang ditunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekeluarga.
Mohd Sabu memuji semangat tinggi Anwar Ibrahim.Mohd Sabu memuji semangat tinggi Anwar Ibrahim."Saya dengan Mahathir ni setakat dia tangkap dan penjarakan saja.
"Tapi Anwar satu dunia tahu, dia diheret, dipukul, ditumbuk mata, ditelanjangkan dan dilakukan pelbagai penyiksaan.
"Tapi bila Mahathir hadir ke mahkamah tempat dia dibicarakan, boleh dia sambut salam Tun, kalau saya sah saya singgung dulu," katanya.
Kalau mereka sanggup lupakan sejarah hitam untuk selamatkan rakyat dan negara katanya, tentu seluruh rakyat perlu berganding bahu.
"Kerana tidak tahan lihat pemimpin penyangak rosakkan negara mereka sedia bergabung.
"Kini giliran kita semua memberi sokongan padu untuk pastikan kerajaan baru dibentuk selepas pilihan raya umum nanti," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
malaysiadateline.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com