innity

pages

Friday, May 5, 2017

[LAIN MACAM JO] Exco PAS sambut Azmin Ali di KLIA



Ketika spekulasi bertiup kencang bahawa kemungkinan kerajaan negeri Selangor bakal tumbang, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali disambut oleh puluhan penyokong yang membawa pelbagai sepanduk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.

Antara yang hadir adalah dua orang anggota exco PAS Zaidy Abdul Talib dan Dr Ahmad Yunus Hairi bersama timbalan speaker DUN Selangor, Shafie Ngah, yang juga adalah timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor.

Walau bagaimanapun, kelibat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad, yang juga seorang anggota exco kerajaan negeri tidak kelihatan pada majlis anjuran kelab penyokong kerajaan (BBC) negeri itu.

"Dewan Undangan Negeri belum dibubarkan, bukan?" kata Azmin yang sempat berseloroh ketika bersalaman dengan timbalan speaker.

Antara yang hadir termasuk ADUN Sekinchan Ng Suee Lim, ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, Ahli Parlimen, Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Manakala wakil rakyat PAS yang hadir adalah ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman, ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman, ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dan ADUN Seri Sedang,Noor Hanim Ismail.

2 comments:

  1. TGHHADI DOK PERHATI JER DULU. JANGAN-JANGAN DIA AKAN BUAT "ROUND ABOUT" BUKAN U-TURN SUDALAH. EXCO SELANGOR PEDULI APA DENGAN KEPUTUSAN MUKTAMAR PAS. NAK TUNGGU MAJLIS BUAT KEPUTUSAN, LEPAS RAYA HAJI LAH JAWABNYA. SILAP-SILAP KALENDER TAK ADA APA KEPUTUSAN. TULAH DIA POLITIK PAS PIS PUS PUSAT.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah masih ada pemimpin PAS yang rasional beritergriti istiqamah dan jujur dlm perjanjian dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Walaupun seolah menentang keputusan PAS tetapi inilah wajah sebenar pemimpin Islam yang mengetahui kebaikan yang telah dinikmati oleh rakya selanor sejak PR N PH memerintah. Teruskan wahai wakil2 rakyat PAS menyokong kerajaan negeri Selangor walau pasti akan dimaki hamun cacian n gelaran2 jahat dari PEMIMPIN N AHLI PAS Yang hanya gilqkan kuasa n nikmat dunia. Sanggup UTURN n menyokong kebatilan demi habuan dunia. Nauzubillah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com