innity

pages

Friday, May 26, 2017

Kumpulan mahu Guan Eng dilarang berbuka puasa kecuali masuk Islam



GEORGE TOWN: Sebuah kumpulan hari ini mengadakan tunjuk perasaan membantah apa yang didakwanya campur tangan kerajaan negeri pimpinan DAP dalam urusan fatwa, sambil berkata ketua menteri Lim Guan Eng perlu dilarang hadir majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.
Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin berkata sekiranya Lim mahu turut serta dalam acara berbuka puasa, beliau perlu masuk Islam.
“Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini.
“Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita,” katanya disambut pelbagai sorakan mencemuh Guan Eng oleh kira-kira 50 orang di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister di sini.
“Kami tahu kamu memang anti-Islam. Kamu tak perlu buka puasa kecuali kamu masuk Islam,” katanya.
Mereka yang hadir turut mengangkat sepanduk mengutuk Lim dan ahli tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man.
“Kamu bakar mercun, ada kami kacau. Pasal apa kacau agama kami?” soalnya.
Mereka turut menyeru Salleh berpindah kedudukan kerusinya dalam DUN Pulau Pinang ke bahagian pembangkang bersama Adun BN, memandangkan parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.
Tuduhan kerajaan negeri campur tangan urusan fatwa pertama kali dibangkitkan Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mendakwa semua fatwa negeri perlu disetujui exco kerajaan negeri diketuai Lim.
Tuduhan itu dinafikan kerajaan negeri.
Afnan berkata fatwa hanya perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan kerajaan negeri tidak berhak memberi pandangannya.
Perhimpunan hari ini juga kecoh seketika apabila pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, dikepung beberapa lelaki ketika beliau memerhatikan protes itu.
Saksi berkata beliau ditampar.
Beberapa orang turut mengherdik Zaidi sambil memanggilnya “lembu dan barua DAP”.
Zaidi, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat mejar yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana mendakwa penipuan pilihan raya, menyifatkan tuduhan yang dibuat Hafiz sebagai pembohongan.
Hafiz ketika ditemui menuduh Zaidi cuba membuat provokasi terhadap penyokongnya.
“Zaidi kata saya bohong. Dia membuat provokasi,” katanya.

2 comments:

  1. Inilah golobgan yg menyebabkan islam dipandang ekstrim ganas kuno oleh golongan bukan islam. Sepatutnya bersyukur bila org cuba nak pusa n doakan semuga diberi hidayah oleh Allah SWT. Mrmsng agamawan akhor zaman ini byk melavurkan Islam demi ketaksuban keegoàn n kebusukan hati. Inilah apa yg dikatalan dapam hadis Nabi SAW ttg agamwan akhor zaman yg semakin jelas. Kalau betul2 nak pertahan Islam sepatut demo ttg ramai penjawat awam yg kena tangkap org2 islam baik polis imigresen n org2 politik. Tarbiayahkan mereka utk insaf bukan demo demi kepentingan politik. Nauzubillah ... golongan2 ini.

    ReplyDelete
  2. Org kafir mkn bukak posa kena masuk islam?adoiii..majikan aku cina tiap2 tahun belanja semua staf buka puasa, maknanya tiap2 tahub bos aku masuk islam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com