innity

pages

Friday, May 19, 2017

Krisis politik Selangor: 13 wakil rakyat PAS ugut letak jawatan


Kepemimpinan PAS Selangor mengugut untuk menarik diri daripada kerajaan campuran diketuai PKR, jika Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali terus memaksa tiga Exco daripada parti itu meletak jawatan.
Kepimpinan parti negeri itu memutuskan bahawa semua 13 wakil rakyat akan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri jika Azmin terus menerima tekanan daripada sekutu pakatan harapan untuk mengasingkan PAS.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang diadakan lewat malam kelmarin, dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.
Mesyuarat pada Selasa dihadiri oleh semua pemimpin kawasan dan sayap PAS Selangor di mana mereka diberimaklumat terkini oleh Sallehen mengenai krisis politik yang melanda kerajaan negeri, berikutan keputusan Majlis Syura Ulama menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.
Memetik laporan The Star Online, Sallehen ditugaskan untuk menyampai keputusan itu kepada jawatankuasa pusat parti yang dijangka mengadakan pertemuan hari ini.
Sekiranya ugutan itu benar-benar menjadi kenyataan, ia dijangka akan menggugat kerajaan negeri itu dengan 29 wakil rakyat pakatan harapan di Dewan Undangan Negeri (DUN), daripada 56 kerusi keseluruhannya.
Ia bermakna, kerajaan negeri Pakatan Harapan hanya mempunyai 29 wakil rakyat iaitu 14 daripada DAP, 13 (PKR) dan PAN (dua).
Malah, pakatan harapan juga akan mempunyai pembangkang baharu di negeri itu yang terdiri daripada 13 dari PAS, 11 (UMNO) dan dua (Bebas).

10 comments:

  1. Sendiri yg putuskan kawan...bakar jambatan.msendiri mengelabah..Yang untung umno..

    Mcm mat over tampar david teo..kan berlakon tu..

    ReplyDelete
  2. Cakap berdegar, macam nak runtuh. Tapi hati kecil suara jer besar. Apa perlu ugut, bertindak segera biar mb tahu langit tinggi rendah. Biar mb merayu jangan tinggalkan. Baru la anak jantan. Setakat ugutan, itu kerja mahu tapi malu.

    ReplyDelete
  3. Mari kita tengok kesudahan kisah ini. Jika PAS menarik diri dan menjadi pembangkang secara bersendirian, kisahnya lain. Jika PAS bergabung dengan BN (dan wakil bebas) kisahnya "bertambah lain". Inilah hasil daripada keputusan Muktamar PAS memutuskan kerjasama politik (tahaluf siasi) dengan PKR. Ya, PAS ada rasional tersendiri berbuat demikian dan kita lihatlah nanti kesan langkah tersebut. Menarik episod ini.

    ReplyDelete
  4. Layan je dulu ..lepas pru nanti dah takde wakil pas. Tak percaya tengok nanti. Lepas pru ..pas akan bubar ..

    ReplyDelete
  5. lihatlah kerja hj hadi dan ulamak2 pas.

    kerja mereka memutus silaturrahim dan memecah belah masyarakat

    ini kerja nabi ke kerja syaitan?

    tp dgn syiah yg membunuh umat islam dan melaknat sahabat2 rdh boleh pulak dipeluk cium.

    org tua tu agen syiah ke? utk memecah belah umat islam Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Aku suka pas letak jawatan serta merta dan join umno....biar padan muka pkr...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun suka jugak pas letak jawatan serta merta dan join umno... biar padan muka rakyat... dah memang2 presiden kedua2 buah parti tu kaki makan duit haram!!!

      Delete
  7. Krisis ini menyusahkan rakyat.... Jalan penyelesaian Bubarkan DUN lebih awal...biar rakyat tentukan pemimpin mereka...

    ReplyDelete
  8. Krisis ini menyusahkan rakyat.... Jalan penyelesaian Bubarkan DUN lebih awal...biar rakyat tentukan pemimpin mereka...

    ReplyDelete
  9. Bubar DUN,,merisikokan pH s'ngor sebab krjaan persekutuan akan bebas mnggunakan segala kemudahan utk Bantu BN s'ngor menang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com