innity

pages

Monday, May 29, 2017

KJ patut ‘puasa’ kritik jabatan agama, KEJAHATAN & PENYELEWENGAN depan Mata KJ Diam Saja


Naib Yang Dipertua Isma cawangan Melaka, Shuhaib Ar-Rumy Selamat menyelar kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mempertikai bidang kuasa jabatan agama berhubung penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak berpuasa.
Kesal dengan kenyataan menteri berkenaan, beliau berkata, Khairy jelas dilihat memperlekehkan bidang kuasa jabatan agama di Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap orang Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
“Ini adalah suatu yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Menteri Kabinet yang seharusnya tahu tentang undang-undang agama Islam negeri di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.
Khairy dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya semalam berkata, jabatan agama di Malaysia sepatutnya menggunakan perbelanjaan mereka dengan membantu golongan miskin dan asnaf berbanding menjalankan aktiviti penguatkuasaan menangkap orang Islam yang tidak berpuasa.
“Sumber yang digunakan untuk menangkap orang tidak berpuasa harus digunakan untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan, bukannya jabatan agama membelanjakan wang berkaitan penguatkuasaan mencari individu ponteng puasa, gunakannya (wang) untuk bantu asnaf dan berbuat baik,” kata Khairy.
Bercakap lanjut berhubung Twit itu, Shuhaib berkata, Khairy seharusnya ‘berpuasa’ daripada mengeluarkan sebarang kenyataan di Twitter yang boleh mengurangkan pahalanya.
“Tidak timbul isu jabatan agama patut menumpukan usaha membantu golongan yang susah kerana itu juga adalah bidangkuasa jabatan agama iaitu menguruskan kutipan zakat dan sedekah dan menyalurkan kepada pihak yang memerlukan,” katanya. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com