innity

pages

Sunday, May 28, 2017

KJ 'Marah' Tangkap Orang Tak Puasa, Mahu Tekanan Kepada Jabatan Agama


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa jabatan agama Islam supaya menggunakan sumber mereka untuk membantu golongan miskin berbanding menangkap mereka yang ponteng puasa pada bulan Ramadan.

Menerusi siri tulisannya di Twitter pada Ahad, Khairy menyuarakan mengenai isu membabitkan penguatkuasaan jabatan agama dengan menyatakan bahawa keutamaan yang lebih besar adalah membantu mereka yang memerlukan.

"Daripada jabatan agama membelanjakan wang terhadap pegawai penguatkuasaan mencari mereka yang ponteng puasa, gunakanlah untuk membantu golongan asnaf dan membuat perkara yang baik.

"Dari segi 'awlawiyat' (keutamaan), adalah lebih penting kita membantu mereka yang memerlukan daripada menguatkuasakan kewajipan agama secara individu," katanya di Twitter.

Kenyataan Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno itu mencetuskan pelbagai reaksi termasuk seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @notreallyimran memberi pandangan bahawa adalah satu kemestian bagi jabatan agama menangkap orang-orang yang tidak berpuasa kerana berpuasa di bulan Ramadan merupakan salah satu Rukun Islam. 

Khairy kemudiannya membalas: "Adalah wajib untuk anda mematuhi lima rukun itu. Tetapi bukan kemestian untuk orang menangkap anda kerana tidak melakukannya."

Di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, orang Islam yang didapati makan, minum atau merokok secara terbuka pada bulan Ramadan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan, atau kedua-duanya.

Pada masa sama, Khairy turut menerima gesaan orang ramai supaya tidak sekadar bercakap, sebaliknya perlu melakukan tindakan lanjut.

Namun kata Khairy, ia bukan satu perkara yang mudah.

"Saya boleh bincang dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Jamil Khir mengenai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), tetapi kena ingat jabatan-jabatan lain yang membuat penguatkuasaan di bawah kuasa negeri.

"Jadi, ia bukan perkara yang mudah untuk 'tidak bercakap, sekadar melakukannya'. Agama merupakan urusan setiap negeri. Banyak jabatan agama Islam negeri di bawah Raja-Raja.

"Oleh itu, satu cara untuk melakukannya adalah dengan menggalakkan perbahasan awam. Jika jangkaan masyarakat berubah, maka akan ada tekanan terhadap jabatan-jabatan agama," katanya.

-mStar

8 comments:

  1. Banyak orang arab cuti di thailand bulan ramadan. Pergi tangkap lah....Banyak ahli kerabat suka naik SI dari MAS kenapa? Free flow beb gi tangkaplah.. banyak pasangan berada terbang keluar negara khalwat i otel mewah... gi tangkap lah. Banyak datin puan sri gi marina bay sands singapura cari anak ikan singapura gi tangkaplah. Kalau nak buat sesuatu biar adil. Islam menitik beratkan keadillan ada faham ahli bijak pandai agama wal retard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu tak suka Jabatan Agama halang maksiat sebb apa? Kamu pun buat benda yg sama?

      Bagaimana penguatkuasa nak buat semua yg kamu sebut tu sbb belanja yg lebih besar diperlukan nak kejar VIP sampai ke lubang cacing kalu nak hambat pembuat maksiat kategori mewah ni. Biar mrk jawab dgn Allah kerana menyalahgunakan kekayaan dan kuasa. Bg rakyat kebanyakan kita bersyukur sebab ada pihak yg nak jaga amal soleh kita dan mencegah mungkar kita.

      Delete
    2. Mencegah lebih baik dari mengubat...

      Delete
  2. Bahalul punya mwnteri...org byk buat maksiat je yg akan sokong menteri ni. Tgjwb pemerintah islam bukan shj, membantu org miskin, tapi berlaku adil. Adil ialah menjaga drpd maksiat lain spt rasuah, curi duit rakyat dan salah guna kuasa.

    Termasuk adil ialah menyuruh buat baik dan mencegah mungkar supaya keharmonian dan keamanan dijaga. Begitu juga hal org yg beribadah puasa tidak dicemari oleh perbuatan pembuat maksiat spt makan dibulan puasa. Kj Jgnlah buat komen sbb nak nenang hati puak liberal. Kita org dh tau jenis apakah org spt kamu.

    ReplyDelete
  3. NIE LAH DIA SALAH SEORANG MENTERI DI CABINET SEKARANG YANG BERAGAMA ISLAM YANG MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BUKAS SEPERTI SEORANG ISLAM...

    KALAU DAH TAK PUASA ATAS KEUZURAN PUN ...NAK MAKAN TU BUKAN LAH DI KHYALAK RAMAI (TERANG-TERANGAN) ....APA PANDANGAN BANGSA ASING YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM......SALAH KE PENGUATKUASA JAB. AGAMA MENGAMBIL TINDAKAN.

    ReplyDelete
  4. Makan di khalayak ramai adalah kesalahan. Bayangkan....anak anak kecil yang berpuasa melihat dewasa yang makan di khalayak ramai. Apa kah ini pengajaran yang akan di berikan pada generasi anak cucu kita? Anak cucu kita kan kata...Ayah tidak adil...orang tu leh tak puasa ...kenapa saya kena puasa? Yang bertanya itu anak cucu Menteri menteri...camner nak jawap. Yang Tanya tu anak cucu kita...camner nak jawap. Semoga Allah melindungi kita dari api neraka...amiiinn.

    ReplyDelete
  5. buat je dua-dua sekali

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com