innity

pages

Monday, May 29, 2017

KDN akan panggil ketua pengarang The Star, Gambar Solat Tarawih : Malaysian Terrorist

KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil ketua pengarang akhbar The Star susulan kandungan muka depan akhbar itu yang tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata pihaknya kecewa dengan akhbar tersebut yang secara sambil lewa memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya tertulis ‘Malaysian Terrorist Leader’.
“Esok kita akan panggil ketua pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya hari ini.
“Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi, tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab,” katanya ketika ditemui pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini, hari ini.

3 comments:

  1. Kita tunggu komen KJ...

    ReplyDelete
  2. STAR membesarkan isi kehilangan pastor tetapi senyap bila sipastor balik ketika Tamar musim songkran Thai.
    Dulu masih Segar bila dalam iklan bulan ramadhan ada gambar sup babi.
    Rasanya STAR sengaja....

    ReplyDelete
  3. Tarik permit, knakan denda dll mgikut undang2. Tggu dan lihat da brani ka x ambik tindakan dkt kroni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com