innity

pages

Sunday, May 28, 2017

'IMAN POLITIK" TS Annuar Musa,saya mahu MENINGGAL dalam UMNO

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, 'iman politiknya' tidak goyah dalam Umno walaupun terdapat seruan supaya beliau meninggalkan parti keramat Melayu itu.

Katanya, walaupun beberapa gelombang politik bergelora dalam Umno termasuk bekas bosnya Tun Dr Mahathir keluar parti, namun beliau tidak terpengaruh mengikuti jejak langkah tersebut.

"Alhamdulillah saya tidak goyah dan tergelincir dengan gelombang PKR, Mahathir.

"Saya bersyukur sambil menoleh kebelakang saya masih ada daya ketahanan dan kalaulah ada hayat saya empat, lima tahun berbaki biarlah saya selain mati dalam iman (syahadah). Saya juga harap mati dalam keadaan saya masih kekal dalam Umno dan BN ," katanya semasa berucap di program pengumuman pemenang pertandingan 'Kit Siang rasis' di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar yakin bahawa perjuangan Umno benar benar berlandaskan agama, bangsa dan negara.

"Umno memperjuangkan agama, dan istiqamah dalam menegakkan kebenaran," katanya.

Dalam pada itu, Annuar  turut mengingatkan ahli parti supaya tidak malu dan rendah diri ketika berjuang  dalam Umno.

"Jangan rendah diri tidak bertempat kita perlu rasa bangga.Ada orang tanya tan sri setiap hari saya pakai baju BN, hari-hari pakai baju dacing saya kata memang saya bangga dengan Umno dan BN saya tidak malu pakai ketika naik kapal terbang dan naik motosikal.

"Saya kata itu anda nampak ada pada baju tapi kalaulah anda boleh belah dalam hati saya darah yang mengalir dan jantung yang berdenyut ini dalamnya penuh dengan semangat Umno," katanya.

4 comments:

  1. Gila nuar celak ni. Jangan mati aib dahlah. Cara hidup menipu dan kaki rasuah selalu akhirnya jadi aib. Nuar celak mungkin lepas kat dunia tapi kat sana nanti tak tentulah. Takyah nak cerita bab pompuan lagi ye. Org bukan taktau nuar woiiii

    ReplyDelete
  2. Menegakan kebathilan adalah iman yang timggi. Tapi tergantung pada kita berpihak pada kebenaran atau kehancuran. Kalau kehancuran yang kita pilih tentu ini iman yang tertinggi menuju kehancuran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni type bior dlm keadaan renang Melawan kebathilan yg betul.
      Anuar biar konsisten, ko la yg sanggup nk iktiraf sijil cina dr sekolah cina kan? Ko yg beria ia nak cinakan mrsm kan? Darah umno tak cukup asli.

      Delete
  3. Bab nih kena tanya PASenget....dulu dikafirkan nyer DungUMNO...kemudian dicium nya balik siap dengan siapa tuh yang di gelar Nik Abodoh terlebih DungUMNO dari PASengal...sebab apa PAShit ada keluar tiket ke Syurga, exclusive lagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com