innity

pages

Monday, May 29, 2017

DAP Buka Puasa: PAS kalut tak tentu arah



Seorang pendakwah berkata, pendekatan PAS terhadap orang bukan Islam kini ternyata berbeza dan kadang-kadang membawa imej buruk kepada Islam.
Kata Wan Ji Wan Hussin, seseorang pemimpin parti politik tidak sepatutnya bertindak - sama ada melalui perkataan atau tulisan - yang mengundang fitnah.
"Dulu PAS amat terkedepan dalam dakwah. Atas alasan dakwah, PAS dahulu menggalakkan sangat orang bukan Islam mendekatkan diri dengan orang Islam, namun kini PAS berbeza.
"Dulu presiden PAS pernah kata, orang bukan Islam ada hak untuk tolak hudud atas alasan mereka tidak diwajibkan ikut ajaran Islam.
"Kini, ada pimpinan PAS tuduh orang Muslim sebagai anti-Islam sebab tidak bersetuju dengan pandangan PAS," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Wan Ji diminta mengulas tindakan sesetengah pemimpin PAS yang membuat kenyataan keras terhadap pihak yang tidak sependapat dengannya.
Hari ini Yang Dipertua PAS Gombak, Salehhuddin Nasir (gambar), yang mengemas kini Facebooknya menulis: Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang Islam. Menyebok je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. (Kepada) orang Islam, Allah dah sebut lakum di nukum waliyadinSorisaya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH) PKR macai DAP!!"
Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran tindakan sesetengah pemimpin DAP menyertai orang Islam berbuka puasa sempena Ramadan ini.
Seorang daripada pemimpin DAP yang sering menyertai acara berbuka puasa pada setiap Ramadan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.
Maafkan sempena Ramadan
Wan Ji berkata PAS cuma sebuah organisasi dan ia melibatkan perlakuan manusia yang sentiasa ada kelemahan.
"Justeru, tidak setuju dengan PAS tidak bermakna seseorang itu anti-Islam.
"Orang lain yang bawa Islam sebagai rahmat sekelian alam pun ada yang tak setuju dengan PAS. Contohnya, Dr Rozaimi Ramle (pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam isu RUU355," katanya.
Wan Ji yang juga ketua Biro Agama Pemuda PKR berkata, orang bukan Muslim perlu faham bahawa Islam tidak mengajar permusuhan.
"Orang bukan Islam tidak sepatutnya menganggap tindakan pengganas Daesh sebagai tindakan Islam," katanya.
Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata kadang-kadang seseorang boleh bertindak di luar kewarasan di media sosial.
"Saranan saya, kita sama-sama maafkan komen sebegitu terutama semasa Ramadan yang mulia ini," katanya.
Shazni bagaimanapun berkata, ada kemungkinan perlakuan itu berlaku akibat pengaruh pemimpin atasan PAS yang akhir-akhir ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa yang dianggap kasar.
"Malah tiadanya tindakan terhadap pemimpin peringkat pertengahan yang seolah-olah menghukum sesiapa yang tidak menyokong RUU355 untuk ditanam di jirat memburukkan lagi keadaan," katanya merujuk kepada suatu klip video yang tular baru-baru ini.
Video itu adalah rakaman kuliah seorang anggota PAS peringkat kawasan di Kedah.
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, yang dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berhubung secara langsung dengan Salehhuddin untuk mendapatkan gambaran sebenar.
"Saya tak boleh komen dulu sebab nanti boleh jadi konflik pulak.
"Biar saya tengok dan hubungi beliau," katanya.
Malaysiakini sudah menghubungi Salehhuddin dan sedang menunggu reaksi daripada beliau.

4 comments:

  1. Macai pas dah berbunyi,

    ReplyDelete
  2. makan setalam tuu..bersihkah tangan guang eng dari najis berat...

    ReplyDelete
  3. Tulisan bkn mcm ustaz yg si A dikutuk tp si B , rakan lama kwn barunya x nk tegurka . Boleh memburukan imej seorg islam sama seperti kes tampar muslim dgn muslim, muslim dgn bkn muslim dll isu yg panas kblakangan ni. Mmg patut diajar yg kurang ajar tp secara berhemah.

    ReplyDelete
  4. Hahaah...Wan ji mana faham ayat Allah yg ingatkan kpd umat Islam bhw ada golongan kafir yg pandai berlakun ttpi sebenarnya memusuhi umat Islam. PKR parti liberal semua noleh, musuh pun dijemput masuk rumah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com