innity

pages

Tuesday, May 30, 2017

Anggota polis parah diserang


KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis dimasukkan ke Unit Kritikal, Hospital Serdang, selepas parah apabila motosikal yang dinaikinya dihimpit hingga terjatuh oleh seorang lelaki yang sedang dikejar awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata dalam kejadian pada jam 1.10 pagi itu, Lans Koperal Mohd Ridzuan Harun bersama seorang rakan setugasnya sedang membuat rondaan apabila ternampak seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan mencurigakan di Jalan Persiaran Tasik Prima, Puchong. 

"Dua anggota polis terbabit kemudian cuba menghampiri lelaki berkenaan untuk tujuan pemeriksaan tetapi lelaki itu terus memecut motosikalnya dan melarikan diri. 

"Kedua-dua anggota polis itu kemudian mengejar lelaki itu dan dipercayai terpisah antara satu sama lain ketika dalam cubaan mengejar suspek, " katanya ketika dihubungi BH. 

Katanya, ketika sampai di depan Kilang Liu Gong di Lot 134 Kampung Sri Aman Hilir, Mohd Ridzuan ditemui oleh rakan setugasnya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah berhampiran motosikalnya manakala suspek melarikan diri dengan meninggalkan motosikal miliknya. 

Mohd Ridzuan yang parah di bahagian muka, retak kepala dan ada pendarahan di dalam kepala, dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut. - BH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com