innity

pages

Tuesday, May 30, 2017

Bolehkah kanak-kanak belum khatan dalam saf solat jemaah?


Adakah ada dalil atau nas yang menyebut tentang kanak-kanak yang belum berkhatan tidak boleh solat berjemaah dalam satu saf dengan orang yang telah berkhatan?
Persoalan yang perlu dijawab terlebih dahulu adalah adakah kanak-kanak yang belum berkhatan tidak boleh solat berjemaah dalam satu saf dengan orang yang telah berkhatan?
Jawapannya adalah kanak-kanak yang belum berkhatan dibenarkan solat berjemaah dalam satu saf dengan orang yang telah berkhatan. Ini adalah berdasarkan hadis hadis yang sebaliknya banyak menunjukkan perkara ini bukanlah termasuk dalam perkara yang membatalkan solat mahupun mengurangkan pahala solat berjemaah atau memutuskan saf Jemaah.
Hadis yang pertama, diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 822)
عن أنس بن مالك: أن جدته مليكة دعت رسول الله صلى الله عليه وسلم لطعام صنعته، فأكل منه، فقال (قوموا فلأصلي بكم). فقمت إلى حصير لنا قد اسود من طول ما لبس، فنضحته بماء، فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم واليتيم معي، والعجوز من ورائنا، فصلى بنا ركعتين
Daripada Anas bin Malik katanya neneknya, Mulaikah telah menjemput Rasulullah s.a.w. untuk makan makanan yang disediakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. makan sebahagaian darinya kemudian bersabda: “Bangunlah, saya akan mengimamkan sembahyang kamu. Lalu saya mendapatkan sekeping tikar kami yang berwarna hitam kerana sudah lama digunakan kemudian saya merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w. berdiri, seorang anak yatim berdiri bersama saya dan nenek di belakang kami. Baginda bersembahyang mengimami kami sebanyak dua rakaat.”
Hadis kedua juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 823):
عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال: أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد
Daripada Ibn Abbas katanya: “Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya, melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya.
Rasulullah s.a.w. membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan kebersihan ( atau kenajisan ) kanak-kanak itu, sembahyang Anas menjadi tidak sah tentu baginda akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.
Begitu juga dalam hadis yang kedua, sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas menyertai saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.
Hadis yang pertama itu juga diriwayatkan al-Tirmizi (nombor 234) dan beliau memberikan ulasannya:
قَالَ أَبُو عِيسَى: حَدِيثُ أَنَسٍ صَحيحٌ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهلِ العِلمِ، قَالُوا: إِذَا كَانَ مَعَ الإِمَامِ رَجُلٌ وَامْرَأَةٌ، قَامَ الرَّجُلُ عَن يَمينِ الإِمَامِ وَالمَرْأَةُ خَلْفَهُمَا، وَقَدْ احْتَجَّ بَعْضُ النَّاسِ بِهَذَا الحَدِيثِ في إِجَازَةِ الصَّلاَةِ إِذَا كَانَ الرَّجُلُ خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ، وَقَالُوا: إِنَّ الصَّبيِّ لَمْ تَكُن لَهُ صَلاَةٌ، وَكَانَ أَنَسٌ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحْدَهُ، وَلَيْسَ الأَمرُ عَلَى مَا ذَهْبُوا إِلَيهِ لأَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَامَهُ مَعَ اليَتيمِ خَلْفَهُ، فَلَوْلاَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ لِليَتِيمِ صَلاَة، لَمَا أَقَامَ اليَتِيمَ مَعَهُ وَلاَ أَقَامَهُ عَن يَمِينِهِ.
“Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas).”
Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.
Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman Al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494)
Terdapat juga hadis-hadis yang sohih yang menunjukkan rasulullah SAW solat sambil mendukung cucunya.
عَنْ أَبِى قَتَادَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ  كَانَ يُصَلِّى وَهُوَ حَامِلٌ أُمَامَةَ بِنْتَ زَيْنَبَ بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ ص
Dari Abi Qatadah bahwa Rasulullah SAW pernah shalat sambil mendukung Umamah binti Zainab bin Rasululah SAW. (HR. Muslim)
عَنْ أَبِى قَتَادَةَ الأَنْصَارِىِّ قَالَ رَأَيْتُ النَّبِىَّ  يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِى الْعَاصِ وَهْىَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِىِّ  عَلَى عَاتِقِهِ فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنَ السُّجُودِ أَعَادَهَا
Dari Abi Qatadah radhiyallahuanhu berkata, Aku pernah melihat Nabi SAW mengimami orang solat, sedangkan Umamah binti Abil-Ash yang juga anak perempuan dari puteri beliau, Zainab berada pada dukungannya. Bila beliau SAW ruku’ anak itu diletakkannya dan bila beliau bangun dari sujud digendongnya kembali. (HR. Muslim)
عَنْ شَدَّادِ اللَّيْثِي  قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللهِ  فِي إِحْدَى صَلاتَيْ العَشِيِّ الظُّهرِ أَوِ العَصْرِ وَهُوَ حَامِلُ حَسَنٍ أَوْ حُسَيْنٍ فَتَقَدَّمَ النَّبِيُّ ص فَوَضَعَهُ ثُمَّ كَبَّرَ لِلصَّلاَةِ فَصَلىَّ فَسَجَدَ بَيْنَ ظَهْرَي صَلاَتِهِ سَجْدَةً أَطَالَهَا. قَالَ: إِنِّي رَفَعْتُ رَأْسِي فَإِذَا الصَّبِيُّ عَلىَ ظَهْرِ رَسُولِ اللهِ ص وَهُوَ سَاجِد. فَرَجَعْتُ فيِ سُجُوْدِي. فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللهِ ص الصَّلاَةَ قَالَ النَّاسُ: ياَ رَسُولَ اللهِ إِنَّكَ سَجَدْتَ بَيْنَ ظَهْرَي الصَّلاَةَ سَجْدَةً أَطَلْتَهَا حَتىَّ ظَنَنَّا أَنَّهُ قَدْ حَدَثَ أَمْرٌ أَوْ أَنَّهُ يُوحَى إِلَيْكَ. قَالَ: كُلُّ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ وَلَكِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ حَتىَّ يَقْضِيَ حاَجَتَهُ – رواه أحمد و النَّسائي والحاكم
Dari Syaddan Al-Laitsi radhiyallahuanhu berkata,”Rasulullah SAW keluar untuk shalat di siang hari entah zohor atau asar, sambil mendukung salah satu cucu beliau, entah Hasan atau Husain. Ketika sujud, beliau melakukannya panjang sekali. Lalu aku mengangkat kepalaku, ternyata ada anak kecil berada di atas punggung beliau SAW. Maka Aku kembali sujud. Ketika Rasulullah SAW telah selesai shalat, orang-orang bertanya,”Ya Rasulullah, Anda sujud lama sekali hingga kami mengira sesuatu telah terjadi atau turun wahyu”. Beliau SAW menjawab,”Semua itu tidak terjadi, tetapi anakku (cucuku) ini menunggangi aku, dan aku tidak ingin terburu-buru agar dia puas bermain. (HR. Ahmad, An-Nasai dan Al-Hakim)
Seorang sahabat, Al Barra` berkata, “Suatu ketika Rasulullah solat lalu Al Hasan dan Al Husain atau salah seorang daripada kedua-duanya datang dan naik di atas punggung beliau. Maka bila sujud beliau mengangkat kepalanya dengan tangan beliau dan memegangnya atau keduanya. Selesai solat beliau bersabda, “Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kalian berdua.
Menurut Dr Wabbah Az-Zuhaili pula, najis yang ada pada kemaluan kanak-kanak di dalam keadaan tidak berkhatan adalah najis yang tidak kelihatan yang berlainan daripada tahi, darah & najis yang kelihatan. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu (Jilid 1, Halaman 576).
Walaubagaimanapun, dalam keadan ramai makmum atau jemaah yang besar, kanak-kanak tidak dibenarkan berada secara langsung di belakang imam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (No. 432):
عن أبي مسعود قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح منا كبنا في الصلاة ويقول “استووا ولا تختلفوا. فتختلف قلوبكم. ليلني منكم أولو الأحلام والنهى. ثم الذين يلونهم. ثم الذين يلونهم” قال أبو مسعود: فأنتم اليوم أشد اختلافا.
“Luruskanlah dan janganlah kamu saling bertelingkahan lalu dengan itu hati-hati kamu tidak bersatu, hendaklah orang-orang yang cerdik pandai mengiringiku, kemudian yang mengikuti mereka dan yang mengikuti mereka.”
Imam Ahmad mengatakan makruh berjemaah bersama kanak-kanak di belakang imam kecuali yang sudah baligh. [Nailul Autar, 2:224].
Jumhur ulama fiqh menghukumkan hendaklah mendahului lelaki dewasa kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa dan kemudian perempuan. Inilah yang utama dan yang afdalnya.
Syeikh Muhamad Idris Abdu Rauf Al-Marbawi menjelaskan dalam Mukhtasar Sohih At-Tirmidhi mengapakah kedudukan lelaki dewasa mesti mendahului kanak-kanak:
Pertama: Lelaki dewasa, berakal dan faham boleh mengingatkan imam jika ia terlupa.
Kedua: Boleh menggantikan imam jika tiba-tiba ia uzur.
Ketiga: Barulah diikuti oleh mereka yang kurang berakal, kurang berilmu dan kanak-kanak supaya mereka (orang dewasa) boleh menegur imam jika ia tersalah bacaan. (Bahru Al-Mazi, 2:111, Nailul Autar, 2:223)
Kesimpulannya, kanak-kanak yang belum berkhatan dibenarkan solat berjemaah dalam satu saf dengan orang yang telah berkhatan (dewasa) kerana dalil-dalil yang dinyatakan telah menjelaskan keharusan mereka bersama dalam satu saf orang dewasa. Namun demikian, kanak kanak tidak boleh diletakkan secara langsung di belakang imam ketika ramainya makmum. Jemaah masjid perlu mesra dengan kanak-kanak sekiranya mereka duduk bersama saf jemaah dewasa, dalam masa yang sama meletakkan mereka pada kedudukan yang lebih afdhal iaitu barisan saf selepas orang dewasa.
Rujukan:
  1. Tuhfah al-Ahwazi
  2. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu
  3. Mukhtasar Sohih At-Tirmidhi
  4. Bahru Al-Mazi
Ust Khairul Fatihin Saedal Attas
Ahli Majlis Ulama ISMA
Sumber: https://muis.org.my/2015/02/kanak-kanak-belum-khatan-dalam-saf-solat-jemaah/
www.indahnyaislam.my

"Cukuplah dengan Cekik Rakyat, Jangan Cekik Kiky" -Komen Netizen Mengelikan Hati




Anggota polis parah diserang


KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis dimasukkan ke Unit Kritikal, Hospital Serdang, selepas parah apabila motosikal yang dinaikinya dihimpit hingga terjatuh oleh seorang lelaki yang sedang dikejar awal pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata dalam kejadian pada jam 1.10 pagi itu, Lans Koperal Mohd Ridzuan Harun bersama seorang rakan setugasnya sedang membuat rondaan apabila ternampak seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan mencurigakan di Jalan Persiaran Tasik Prima, Puchong. 

"Dua anggota polis terbabit kemudian cuba menghampiri lelaki berkenaan untuk tujuan pemeriksaan tetapi lelaki itu terus memecut motosikalnya dan melarikan diri. 

"Kedua-dua anggota polis itu kemudian mengejar lelaki itu dan dipercayai terpisah antara satu sama lain ketika dalam cubaan mengejar suspek, " katanya ketika dihubungi BH. 

Katanya, ketika sampai di depan Kilang Liu Gong di Lot 134 Kampung Sri Aman Hilir, Mohd Ridzuan ditemui oleh rakan setugasnya dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah berhampiran motosikalnya manakala suspek melarikan diri dengan meninggalkan motosikal miliknya. 

Mohd Ridzuan yang parah di bahagian muka, retak kepala dan ada pendarahan di dalam kepala, dihantar ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut. - BH

Monday, May 29, 2017

DAP Buka Puasa: PAS kalut tak tentu arah



Seorang pendakwah berkata, pendekatan PAS terhadap orang bukan Islam kini ternyata berbeza dan kadang-kadang membawa imej buruk kepada Islam.
Kata Wan Ji Wan Hussin, seseorang pemimpin parti politik tidak sepatutnya bertindak - sama ada melalui perkataan atau tulisan - yang mengundang fitnah.
"Dulu PAS amat terkedepan dalam dakwah. Atas alasan dakwah, PAS dahulu menggalakkan sangat orang bukan Islam mendekatkan diri dengan orang Islam, namun kini PAS berbeza.
"Dulu presiden PAS pernah kata, orang bukan Islam ada hak untuk tolak hudud atas alasan mereka tidak diwajibkan ikut ajaran Islam.
"Kini, ada pimpinan PAS tuduh orang Muslim sebagai anti-Islam sebab tidak bersetuju dengan pandangan PAS," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Wan Ji diminta mengulas tindakan sesetengah pemimpin PAS yang membuat kenyataan keras terhadap pihak yang tidak sependapat dengannya.
Hari ini Yang Dipertua PAS Gombak, Salehhuddin Nasir (gambar), yang mengemas kini Facebooknya menulis: Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang Islam. Menyebok je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh. (Kepada) orang Islam, Allah dah sebut lakum di nukum waliyadinSorisaya tak perlu pandangan sufi tasauf di sini. DAP musuh Islam. PAN (Parti Amanah Negara - AMANAH) PKR macai DAP!!"
Kenyataan itu dipercayai dibuat ekoran tindakan sesetengah pemimpin DAP menyertai orang Islam berbuka puasa sempena Ramadan ini.
Seorang daripada pemimpin DAP yang sering menyertai acara berbuka puasa pada setiap Ramadan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan pemimpin veteran parti itu, Lim Kit Siang.
Maafkan sempena Ramadan
Wan Ji berkata PAS cuma sebuah organisasi dan ia melibatkan perlakuan manusia yang sentiasa ada kelemahan.
"Justeru, tidak setuju dengan PAS tidak bermakna seseorang itu anti-Islam.
"Orang lain yang bawa Islam sebagai rahmat sekelian alam pun ada yang tak setuju dengan PAS. Contohnya, Dr Rozaimi Ramle (pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris) dalam isu RUU355," katanya.
Wan Ji yang juga ketua Biro Agama Pemuda PKR berkata, orang bukan Muslim perlu faham bahawa Islam tidak mengajar permusuhan.
"Orang bukan Islam tidak sepatutnya menganggap tindakan pengganas Daesh sebagai tindakan Islam," katanya.
Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin, berkata kadang-kadang seseorang boleh bertindak di luar kewarasan di media sosial.
"Saranan saya, kita sama-sama maafkan komen sebegitu terutama semasa Ramadan yang mulia ini," katanya.
Shazni bagaimanapun berkata, ada kemungkinan perlakuan itu berlaku akibat pengaruh pemimpin atasan PAS yang akhir-akhir ini mengambil pendekatan menggunakan bahasa yang dianggap kasar.
"Malah tiadanya tindakan terhadap pemimpin peringkat pertengahan yang seolah-olah menghukum sesiapa yang tidak menyokong RUU355 untuk ditanam di jirat memburukkan lagi keadaan," katanya merujuk kepada suatu klip video yang tular baru-baru ini.
Video itu adalah rakaman kuliah seorang anggota PAS peringkat kawasan di Kedah.
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, yang dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berhubung secara langsung dengan Salehhuddin untuk mendapatkan gambaran sebenar.
"Saya tak boleh komen dulu sebab nanti boleh jadi konflik pulak.
"Biar saya tengok dan hubungi beliau," katanya.
Malaysiakini sudah menghubungi Salehhuddin dan sedang menunggu reaksi daripada beliau.

KJ patut ‘puasa’ kritik jabatan agama, KEJAHATAN & PENYELEWENGAN depan Mata KJ Diam Saja


Naib Yang Dipertua Isma cawangan Melaka, Shuhaib Ar-Rumy Selamat menyelar kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mempertikai bidang kuasa jabatan agama berhubung penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak berpuasa.
Kesal dengan kenyataan menteri berkenaan, beliau berkata, Khairy jelas dilihat memperlekehkan bidang kuasa jabatan agama di Malaysia untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap orang Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
“Ini adalah suatu yang tidak wajar dilakukan oleh seorang Menteri Kabinet yang seharusnya tahu tentang undang-undang agama Islam negeri di Malaysia,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.
Khairy dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitternya semalam berkata, jabatan agama di Malaysia sepatutnya menggunakan perbelanjaan mereka dengan membantu golongan miskin dan asnaf berbanding menjalankan aktiviti penguatkuasaan menangkap orang Islam yang tidak berpuasa.
“Sumber yang digunakan untuk menangkap orang tidak berpuasa harus digunakan untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan, bukannya jabatan agama membelanjakan wang berkaitan penguatkuasaan mencari individu ponteng puasa, gunakannya (wang) untuk bantu asnaf dan berbuat baik,” kata Khairy.
Bercakap lanjut berhubung Twit itu, Shuhaib berkata, Khairy seharusnya ‘berpuasa’ daripada mengeluarkan sebarang kenyataan di Twitter yang boleh mengurangkan pahalanya.
“Tidak timbul isu jabatan agama patut menumpukan usaha membantu golongan yang susah kerana itu juga adalah bidangkuasa jabatan agama iaitu menguruskan kutipan zakat dan sedekah dan menyalurkan kepada pihak yang memerlukan,” katanya. - ismaweb

KDN akan panggil ketua pengarang The Star, Gambar Solat Tarawih : Malaysian Terrorist

KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil ketua pengarang akhbar The Star susulan kandungan muka depan akhbar itu yang tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata pihaknya kecewa dengan akhbar tersebut yang secara sambil lewa memaparkan gambar umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan, namun tajuk muka depannya tertulis ‘Malaysian Terrorist Leader’.
“Esok kita akan panggil ketua pengarang akhbar berkenaan untuk mendengar penjelasan mereka berhubung penyiaran gambar dan tajuk di muka depannya hari ini.
“Jika KDN tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberi, tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab,” katanya ketika ditemui pada Program Penerapan Nilai-Nai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga KDN, di sini, hari ini.

Sunday, May 28, 2017

KJ 'Marah' Tangkap Orang Tak Puasa, Mahu Tekanan Kepada Jabatan Agama


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa jabatan agama Islam supaya menggunakan sumber mereka untuk membantu golongan miskin berbanding menangkap mereka yang ponteng puasa pada bulan Ramadan.

Menerusi siri tulisannya di Twitter pada Ahad, Khairy menyuarakan mengenai isu membabitkan penguatkuasaan jabatan agama dengan menyatakan bahawa keutamaan yang lebih besar adalah membantu mereka yang memerlukan.

"Daripada jabatan agama membelanjakan wang terhadap pegawai penguatkuasaan mencari mereka yang ponteng puasa, gunakanlah untuk membantu golongan asnaf dan membuat perkara yang baik.

"Dari segi 'awlawiyat' (keutamaan), adalah lebih penting kita membantu mereka yang memerlukan daripada menguatkuasakan kewajipan agama secara individu," katanya di Twitter.

Kenyataan Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno itu mencetuskan pelbagai reaksi termasuk seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @notreallyimran memberi pandangan bahawa adalah satu kemestian bagi jabatan agama menangkap orang-orang yang tidak berpuasa kerana berpuasa di bulan Ramadan merupakan salah satu Rukun Islam. 

Khairy kemudiannya membalas: "Adalah wajib untuk anda mematuhi lima rukun itu. Tetapi bukan kemestian untuk orang menangkap anda kerana tidak melakukannya."

Di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, orang Islam yang didapati makan, minum atau merokok secara terbuka pada bulan Ramadan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan, atau kedua-duanya.

Pada masa sama, Khairy turut menerima gesaan orang ramai supaya tidak sekadar bercakap, sebaliknya perlu melakukan tindakan lanjut.

Namun kata Khairy, ia bukan satu perkara yang mudah.

"Saya boleh bincang dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Jamil Khir mengenai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), tetapi kena ingat jabatan-jabatan lain yang membuat penguatkuasaan di bawah kuasa negeri.

"Jadi, ia bukan perkara yang mudah untuk 'tidak bercakap, sekadar melakukannya'. Agama merupakan urusan setiap negeri. Banyak jabatan agama Islam negeri di bawah Raja-Raja.

"Oleh itu, satu cara untuk melakukannya adalah dengan menggalakkan perbahasan awam. Jika jangkaan masyarakat berubah, maka akan ada tekanan terhadap jabatan-jabatan agama," katanya.

-mStar

Zam: Era ’emas’ sudah runtuh, Umno tidak lagi diyakini rakyat

Umno tiada lagi masa depan kerana jasa parti itu sudah terpadam dan sukar menebus kembali keyakinan rakyat, kata bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Zam berkata keadaan ini berlaku kerana barisan pucuk pimpinan Umno sekarang, masing-masing mahu jadi “lebih besar” daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Sekarang nilaikan seorang demi seorang, apakah ada di antara mereka layak dan diyakini untuk menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak?” soal Zam dalam catatan blognya.
Mengimbau era pemerintahan perdana menteri selepas pengunduran Dr Mahathir pada Oktober 2003, yang digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, ketua pengarang Kumpulan Utusan itu berkata, perdana menteri ke-5 itu menempah sejarah “lebih besar” kerana menjanjikan kebebasan bertaraf demokrasi dunia kepada rakyat.
“Atas nasihat menantunya, Pak Lah memberi ganti rugi jutaan ringgit kepada hakim-hakim yang pernah dihukum Dr Mahathir kerana menghalang dasar negara.”
Apabila Najib menggantikan Pak Lah, beliau mahu menjadi “lebih besar” lagi. Najib yang mahu menjadi bapa demokrasi Malaysia menghapuskan Akta Hasutan dan Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang turut disambut baik pembangkang.
Kata beliau, apabila 2 perdana menteri ini mahu menjadi lebih ternama dan teragung berbanding Dr Mahathir, maka rakyat yang menjadi mangsa.
Malah kata beliau, kedua-dua mereka kemudian hilang keyakinan yang tidak pernah dirasakan sejak era pemerintahan perdana menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir.
“Mereka rasa harapan dan amanah yang diletakkan pada pemimpin negara sudah dikhianati,” tulis Zam lagi.
Zam seterusnya berkata, bagaimana rakyat boleh yakin semula kepada Umno jika semua media kerajaan tidak lagi diyakini.
“TV3 tidak lagi ditontoni dan akhbar perdana juga tidak terjual.
“Rakyat tidak lagi percaya kepada angka pertumbuhan ekonomi dan cerita kedatangan modal berbilion ringgit.
Beliau berkata, keyakinan hilang kerana pengurusan ekonomi dan politik negara berjalan secara “ad hoc” (gopoh-gapah), tidak menilai intergrasi, tidak tetap pendirian dan tidak konsisten kerana mahu tutup kecurangan besar yang berlaku.
“Wawasan 2020 juga dikelirukan dengan Transformasi Negara 50 (TN 50), satu pengkhianatan kepada Dr Mahathir dan kini Proton pula tidak lagi menjadi kereta nasional, yang suatu ketika dulu jadi kebanggaan rakyat.
“Banyak lagi kegagalan ekonomi dan politik yang menghakis jasa Umno yang selama ini orang Melayu bangga dan terikat dengannya,” kata beliau.
Beliau berkata, rakyat menganggap pentadbiran Dr Mahathir adalah era teragung dan bermaruah dalam sejarah.
Katanya, bekas presiden Umno itu juga mengukuhkan institusi beraja supaya dihormati dan tidak mencampuri urusan rakyat.
“Kini hanya tinggal kenangan, era ‘emas’ Umno runtuh di bawah pimpinannya yang mengalami masalah besar untuk menebus kembali maruah, agama dan negara,” kata Zam. - FMT

'IMAN POLITIK" TS Annuar Musa,saya mahu MENINGGAL dalam UMNO

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, 'iman politiknya' tidak goyah dalam Umno walaupun terdapat seruan supaya beliau meninggalkan parti keramat Melayu itu.

Katanya, walaupun beberapa gelombang politik bergelora dalam Umno termasuk bekas bosnya Tun Dr Mahathir keluar parti, namun beliau tidak terpengaruh mengikuti jejak langkah tersebut.

"Alhamdulillah saya tidak goyah dan tergelincir dengan gelombang PKR, Mahathir.

"Saya bersyukur sambil menoleh kebelakang saya masih ada daya ketahanan dan kalaulah ada hayat saya empat, lima tahun berbaki biarlah saya selain mati dalam iman (syahadah). Saya juga harap mati dalam keadaan saya masih kekal dalam Umno dan BN ," katanya semasa berucap di program pengumuman pemenang pertandingan 'Kit Siang rasis' di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar yakin bahawa perjuangan Umno benar benar berlandaskan agama, bangsa dan negara.

"Umno memperjuangkan agama, dan istiqamah dalam menegakkan kebenaran," katanya.

Dalam pada itu, Annuar  turut mengingatkan ahli parti supaya tidak malu dan rendah diri ketika berjuang  dalam Umno.

"Jangan rendah diri tidak bertempat kita perlu rasa bangga.Ada orang tanya tan sri setiap hari saya pakai baju BN, hari-hari pakai baju dacing saya kata memang saya bangga dengan Umno dan BN saya tidak malu pakai ketika naik kapal terbang dan naik motosikal.

"Saya kata itu anda nampak ada pada baju tapi kalaulah anda boleh belah dalam hati saya darah yang mengalir dan jantung yang berdenyut ini dalamnya penuh dengan semangat Umno," katanya.

Berakhir era Nasional Proton di zaman kleptokrasi


BEBERAPA perkembangan penting berlaku di gelanggang ekonomi dan perniagaan minggu ini yang memerlukan perincian dan kefahaman.

Antaranya ialah penjualan kawalan projek kereta nasional, Proton kepada syarikat China dan ura-ura penjualan hotel mewah di New York yang didakwa dibeli dengan duit curi 1MDB.

Pada 24 Mei, DRB-Hicom pemilik utama Proton bersetuju jual 49.9 peratus saham Proton kepada Zhejiang Geely Holding.

Di bawah persetujuan itu, Geely juga akan beli 51 peratus saham pengeluar kereta sports British, Lotus.

Sebelum ini, Geely membeli syarikat kereta Sweden, Volvo.

Dengan penjualan kawalan Proton kepada syarikat China itu, Proton tidak layak lagi meneruskan kedudukan sebagai projek kereta nasional. Ia sudah jadi projek China.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Proton pada 1983 dan kereta pertamanya, Proton Saga, keluar pada tahun 1985, ia berperanan sebagai projek pendayaan ekonomi iaitu bagi membolehkan Malaysia memasuki satu bidang baharu perindustrian.

Sejak itu telah mewujudkan beratus ribu peluang pekerjaan dan melatih pekerja mahir, khususnya Bumiputera, dalam industri automotif.

Sebelum kerajaan mengubah dasar industri automotif - bermula zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi - dengan membuka pasaran tempatan kepada kereta import murah, Proton berupa model paling laris di Malaysia.

Kini, akibat pembukaan pasaran yang melampau dan kelembapan ekonomi, penjualan kereta buatan Proton jatuh dengan teruk dan perniagaan Proton tidak lagi lestari.

Adalah tidak mustahil selepas ini pemilik baharu Proton akan lakukan proses rasionalisasi yang mungkin libatkan pemberhentian pekerja seperti yang kerap berlaku apabila sesebuah syarikat bertukar tangan.

Seperkara lagi apakah jaminan pemilik baharu Proton akan teruskan dasar ambil dan latih pekerja tempatan, khususnya Bumiputera?

Kalau syarikat milik Cina tempatan pun kurang berminat mengambil pekerja Bumiputera, apakah syarikat milik negara China akan bagi peluang secukupnya kepada Bumiputera?

Kita mesti ingat majoriti pekerja dan pembekal Proton adalah Bumiputera. Apakah agaknya nasib mereka kini Proton dimiliki oleh pelabur China?

Proton adalah sebahagian kecil saja daripada senarai beli-belah China di Malaysia yang termasuk pembinaan pelabuhan, hartanah, landasan kereta api dan pemberian hutang.

Penjualan harta negara secara besar-besaran kepada orang asing, khususnya dari China, tidak menghairankan kita kalau kita faham dasar dan kedudukan ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama, di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), kerajaan komited kepada pembebasan ekonomi dan kuasa pasaran. Ertinya siapa yang ada duit bebas menguasai ekonomi.

Kedua, kerajaan kekurangan wang walaupun telah perkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan naikkan pelbagai cukai, yuran dan tol serta potong peruntukan pembangunan.

Bukan DRB-Hicom saja terpaksa menjual harta kerana kesukaran perniagaan. Banyak syarikat swasta lain dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga terpaksa jual harta mereka di dalam dan luar negara untuk tampung kejatuhan keuntungan.

Jadi adalah tidak menghairankan kalau syarikat luar yang banyak duit, khususnya dari China, berlumba-lumba membeli harta di negara kita.

Dari New York pula kita dengar berita mengatakan sebuah hotel mewah yang sebahagiannya dimiliki oleh arkitek skandal 1MDB, Jho Low, akan dijual dan pihak berkuasa Amerika akan rampas duit yang diperoleh Cina Pulau Pinang itu.

Bangunan 46 tingkat yang dikenali sebagai The Park Lane itu dimiliki 55 peratus oleh Jho Low.

Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ) dalam samannya tahun lalu mengenal pasti Jho Low dan anak tiri Mohd Najib, Riza Shahril Abdul Aziz, sebagai penerima duit haram 1MDB di Amerika.

DoJ menggunakan udang-undang yang dikenali sebagai KARI untuk merampas harta yang dibeli dengan duit yang dicuri oleh sesebuah kerajaan daripada rakyat jelata. KARI adalah singkatan

Kleptocracy Asset Recovery Initiative iaitu usaha mendapatkan balik harta yang dicuri oleh kerajaan. Kleptokrasi bermaksud kerajaan yang mencuri.

Sebelum Amerika, Singapura telah mengambil tindakan tegas ke atas beberapa orang eksekutif bank yang menerima dan mengalihkan duit haram 1MDB.

Ia membekukan simpanan dan harta berkaitan 1MDB, mendenda dan memenjarakan eksekutif bank serta mendenda dan menutup beberapa buah bank yang terlibat.

Nampaknya negara asing seperti Singapura, Amerika Syarikat dan Switzerland yang selalu kita sebut sebagai negara kafir mengambil berat terhadap skandal dan penipuan 1MBD. Wallahuaklam.

*Datuk A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara

Tips kurangkan belanja di Bazar Ramadhan


[ BAZAR OH BAZAR ]

Murtabak Daging - RM8
Murtabak Daging Special - RM11
Murtabak Daging 2 Lapis Special - RM15
Murtabak Daging Cheese - RM26

Roti John Biasa - RM3.50
Roti John Cheese - RM6
Roti John Special Cheese - RM8
Roti John Super Special Xtra Cheese - RM12

Sotong Goreng Crispy - RM8
Ayam Goreng - RM8

Aduhai ngeriii kak ieza tgk JERAT KEWANGAN waktu bulan Ramadhan. 

Peniaga akan ambil peluang buat PROMOSI giler2 dgn meningkatkan harga makanan dgn menambahkan pakej-pakej pada makanan tersebut supaya lebih menarik.

Balik Johor kak ieza ke Bazar Ramadhan order murtabak 3 keping sebab beli utk makan bersama keluarga besar di kampung. Tak tgk harga main order je dgn andaian RM4-RM5. Bila nak bayar alangkah terkejut sekeping murtabak daging RM8 x 3 = RM24 😱😱😱😱



Sekali tgk list jenis-jenis murtabak yg di offer tu kak ieza terkejut sehingga capai RM26 sekeping yg di tambah-tambah perasa seperti xtra CHEESE ! aduhaiiii

Orang kata ekonomi tak brp ok skrg, tapi kak ieza nmpk ramai yg balik bazar Ramadhan dgn gendungan bermacam-macam makanan.

Dah ada ke SIMPANAN KECEMASAN keluarga antara 6-8 bulan ⁉️

Kalau keluar ke Bazar Ramadhan, RM30 minimum mesti habis tanpa sedar 

= RM30 x 30 Hari
= RM900 Sebulan 🤔🤔🤔🤔

Itu minimum kalau control tapi kak ieza rasa lebih drp tu ‼️ Adussss

Tips utk sedikit sebanyak dpt kurangkan belanja di Bazar Ramadhan :-

✔️ Bawak duit secukupnya sahaja ketika ke Bazar Ramadhan. Contoh bajet RM15, so kita akan beli dgn duit yg ada je.
✔️ Jangan bawa anak-anak ke Bazar kerana Nafsu makan mereka lebih ganas waktu Ramadhan. Semua yg nampak mesti nak beli.
✔️ Pergi ke Bazar Ramadhan yg kurang pilihan makanan so kite akan dpt kawal nafsu membeli disebabkan kurang pilihan.
✔️ Masak makanan berat seperti Nasi + 2 Lauk + Kurma. Jadi bajet RM5 beli kuih muih sahaja.

Langkah yg paling bagus....

Jangan langsung ke BAZAR RAMADHAN, Simpan duit tu utk bajet BAJU RAYA seisi keluarga !

Atau

RM900 tu kalau letak dalam pelaburan Saham @ Unit Amanah akan boleh berkembang jadi RM2,795 utk 10 tahun akan dtg dgn anggaran pulangan 12% !

Jom Kurangkan JUADAH tingkatkan IBADAH ‼️
Fikir-Fikirkan !

Jom Share & Manfaatkan ....dapat pahala kalau posting ni dpt menjimatkan duit semua org !

OLEH: Ieza Yusof

[GAMBAR] Kehidupan seorang pilot tower crane


Kehidupan seorang pilot tower crane. Boleh kata dah jadi rumah kedua diorang kat atas tu.
Kredit: Muhammad Firdausi Mukmin Az




Saturday, May 27, 2017

Terengganu akan laksanakan hudud seperti Acheh


Acheh – Negeri Terengganu akan menjadikan Acheh, Indonesia sebagai model dalam pelaksanaan hukum hudud.
Exco Telekomunikasi, Multimedia, dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu, Ghazali Taib berkata Undang-Undang Islam dan Syariah telahpun diluluskan ketika Sidang Dewan 2001.
Bagaimanapun, Undang-Undang Islam dan Syariah 2001 masih tidak dapat dilaksanakan berikutan masih menunggu undang-undang itu diluluskan di Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kerajaan Acheh yang berlangsung di Pejabat Gabenor Acheh.
Kerajaan Negeri Terengganu tetap akan memperjuangkan perlaksaan Undang-Undang Syariah 2001 di negeri itu.
Terengganu juga tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan undang-undang islam itu kerana disambut baik rakyatnya.
Jelas Ghazali lagi, mengambil kira pelaksanaan hukum Hudud di wilayah itu telah memberi impak positif terhadap pembangunan insan rakyatnya, Kerajaan Negeri akan menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Acheh ke arah usaha pelaksaan Undang-Undang Islam di Negeri Terengganu, Darul Iman.
Sumber: Buletin TV3

VIDEO KJ enggan jawab soalan Malaysiakini



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin enggan menjawab soalan daripada wartawan Malaysiakini dan menuduh portal berita itu mengamalkan 'kewartawanan berat sebelah.'

Dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam, seorang wartawan cuba mengemukakan soalan kepada Khairy namun beliau dilihat memandang ke arah lain.

Wartawan: "YB, berapa allocation (peruntukan) untuk..."

Khairy: “I'm not taking questions from you. (Saya tidak akan jawab soalan anda)

Khairy: "I know where you are from, you are a purveyor of one-sided journalism. (Saya tahu anda dari media mana, anda mengamalkan kewartawanan berat sebelah)

Khairy: "No questions from you. Next (Tiada soalan dari anda. Seterusnya,” katanya.

Khairy berkata demikian pada sidang media selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Kumpulan Masa Depan TN50.

Terdahulu, wartawan Malaysiakini berniat untuk bertanyakan soalan mengenai berapa jumlah peruntukan bagi menganjurkan sesi dialog TN50.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com