innity

pages

Thursday, April 27, 2017

[VIDEO] Hidupkan kembali ISA, gesa NGO Bertindak



Sebuah gabungan baru kumpulan Melayu mengumumkan rancangannya untuk menghidupkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara.


Jurucakap Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata mereka akan cuba mengumpul sebanyak yang mungkin tandatangan rakyat Malaysia bagi menyokong akta itu dihidupkan semula.

"Kita akan buat perkara ini untuk memberikan satu isyarat yang jelas kepada kerajaan bahawa majoriti rakyat yang cintakan keamanan dan kedamaian mahu ISA itu dihidupkan kembali demi keamanan dan kesejahteraan negara," katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur semalam.

Jelasnya, cadangan tersebut bukan semata-mata HINDRAF, tetapi mana-mana pelampau tidak mengira kaum. 

Dalam pada itu, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata pihak-pihak yang menuntut dan mencampuri hal ehwal agama Islam seolah-olah memberi gambaran bahawa semua agama kelihatan sama dengan Islam.

"Islam adalah agama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Agama-agama lain adalah bebas untuk mengamalkan ajaran masing-masing di sini, tetapi mereka tidak boleh mengatakan agama lain sama taraf kedudukan dengan Islam dari segi Perlembagaan.

"Itu dah termaktub dalam Perlembagaan Persekutaan, itu sudah dipersetujui dalam Kontrak Sosial," katanya.

http://www.kinitv.com/video/47517O74 - NGO mahu kerakyatan 1.75 juta orang disemak semula

Terdahulu, mereka merancang untuk mencabar proses pemberian kerakyatan terhadap 1.75 juta orang antara tahun 1957 hingga 1970.

BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA,Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

7 comments:

  1. Pernahkah anda fikir mereka berani sebab kita sendiri tak berani menegur pemimpin melayu, agamawan dan mereka berwajib. Kita lalai peringatan Allah swt. Kita hanyut dalam dedak yang ditabur.

    Jangan tuding jari pada orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada macai bangsa asing yg bernama melayu dlm kalangan kita. Mrk ini yg kita kena sekolahkan dulu. Mrk yg jd jurucakap bangsa asing yg kurang ajar pd agama dan hak melayu, jd pembela cina dan hindu.

      Delete
  2. Melayu dan muslim hilang pedoman dek kerakusan najib dan mereka bersekongkol.

    When things are out of control, they start to point fingers at others...

    Ya Allah...bila lagi hati mereka ini terbuka keranaMU Ya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn politikkan semua hal. Ini isu khindraf biadab pd agama. Bangang kamu lebih teruk dr geng UMnO.

      Delete
    2. 4.12,

      Sebab kamu telah di amanah oleh Allah namun many gagal. Bila hindrag bising orang lain dipersalahlan. Kamulah sebenarnya bangang!

      Delete
    3. Nak bela juga hindraf? Kamu ni samada jurang didikan atau penyokong hindraf atau memang hindraf.

      Delete
    4. 10.14,

      Saya tak bela hindraf. Hanya minta orang islam berperangailah islam. Barulah dihormati.

      Ini tidak, brrperangai buruk Tapi paksa orang lain hormati. Itu bukan islam

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com