innity

pages

Thursday, April 27, 2017

[VIDEO] Gabungan NGO mahu kerakyatan 1.75 juta orang disemak semula



Sebuah gabungan baru kumpulan Melayu mengumumkan rancangannya untuk mencabar proses pemberian kerakyatan terhadap 1.75 juta orang antara tahun 1957 hingga 1970.

Jurucakap Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata langkah itu akan diambil selepas proses itu didakwa mencabul syarat-syarat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan berkaitan sumpah kesetiaan warganegara tidak berlaku dalam proses pemberian kerakyatan antara tempoh itu, melibatkan angka sehingga 1.75 juta orang.

“Justeru, ia memberi kita ruang untuk mencabar dan mempersoalkan pemberian kewarganegaraan, ketika diberikan kepada golongan buka Melayu,” katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur semalam.

“Ini isu undang-undang yang perlu dibawa ke mahkamah dan kita mahu mahkamah menentukannya,” katanya.

BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

3 comments:

  1. Pernahkah anda fikir mereka berani sebab kita sendiri tak berani menegur pemimpin melayu, agamawan dan mereka berwajib. Kita lalai peringatan Allah swt. Kita hanyut dalam dedak yang ditabur.

    Jangan tuding jari pada orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak ada org melayu yg akan bela bangsa asing.

      Bangsa asing hina agama dan masuk campur hal bangsa kita pun ada penhkhianat yg akan salahkan kita.
      Biarlah salah kita kita selesaikan sama2 kita tapi bila bamgsa asing masuk campur urusan agama kita dan kurang ajar dgn hak kita, itu yg kita marah.

      Delete
    2. Ada barua barua cina dan hindu dalam kalangan melayu.

      Jgn masuk campur hal politik. Bukan semua mesti dipolitikkan.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com