innity

pages

Tuesday, April 4, 2017

Tulisan Terkini Tun M: Najib, Nazri, Nur Jazlan, IGP MAHU DEBAT diteruskan, hanya Polis Pangkat Rendah HALANG


1. "Jahat sungguh polis Malaysia". Sementara Menteri-Menteri dan Najib sendiri tidak menghalang debat saya dengan Nazri, "polis daerah" pandai-pandai menyekat.

2. Kononnya sekolah tidak boleh guna; kononnnya ada kemungkinan rusuhan berlaku, ada protes dari rakyat dan bermacam lagi.

3. Semua ini kerenah polis. IGP pun tidak ada halangan. Katanya ini bukan business polis. Yang tidak beri kelulusan ialah pegawai daerah polis (OCPD).

4. Timbalan Menteri Dalam Negeri pun pegawai-pegawai polis tak hormat. Bukankah YB Nur Jazlan sudah berfirman bahawa ia tidak ada halangan. Bahkan dia sokong debat diadakan. Tetapi itu pun tidak dihiraukan oleh pegawai rendah polis. Ia tak beri atau tarik balik kelulusan.

5. Sesungguhnya pegawai rendah polis sudah ambil alih negara ini. Kerajaan, Menteri-Menteri dan Najib begitu demokratik, hendak beri kebebasan sepenuhnya kepada rakyat. Tetapi polis ganggu. "Jahat sungguhlah polis".

6. Sekarang IGP sendiri terpaksa ikut kehendak pegawai dibawahnya. IGP pula tidak bersetuju supaya debat diadakan di Shah Alam.

7. Mujurlah Menteri Kewangan 2, Abdul Ghani mencadang supaya debat diadakan di hotel. Demikianlah minat Kerajaan untuk melihat debat diadakan.

8. Penganjur belum sambut cadangan baik ini. Jika tidak sambut janganlah salah Kerajaan demokratik Najib debat tidak diadakan. Jangan salah Nazri pun kerana Menteri Kerajaan ini menawar Antartica dan penguins yang penyokong saya tidak mampu pergi. Saya tak dapat tinggal negara demokratik ini terlalu lama.

9. Saya kecewa kerana untuk wacana “Nothing to Hide” dahulu pun polis buat kacau. Najib hilang peluang untuk mencerita bagaimana kawan Arabnya memberi kepadanya hanya USD681 million (2.6 billion Ringgit diwaktu itu) dan membisik bahawa ia patut masuk dalam akaun peribadinya, belanja sesuka hatinya tanpa pengetahuan sesiapa.

10. Kerana IGP bebas menghalang Najib, PM Malaysia tidak dapat bersih dirinya dari tuduhan tak berasas.

11. Kata Nazri Malaysia sudah jadi “Polis State”. Ya benar. Benang-benang halus yang menggerak bibir dan lidah polis sebenarnya tidak ada walaupun ternampak ada.

12. Syabas Malaysia, negara demokratik yang tidak ada tolok bandingnya.

12 comments:

  1. porahhh!! masa madey pegang, demokratik sgt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa Tun M dulu tak demokratik sangat, tapi sekarang era Najib lawak demo bohong kratik.

      Delete
    2. Puak2 najib ni rasa diri hebat tp haprak je.

      Delete
    3. Jangan jadi bodoh 11.37,

      isunya adalah orang hendak berdebat, bukan hendak bunuh membunuh.

      jelas bukan isu zaman tdm, demokratik ke tak demokratik

      apa yang ditakut sangat?
      apa yang digusar sangat?
      apa yang malu sangat?

      yang penting 2 manusia hendak melontar pendapat masing2....

      betullah........takut kerana salah

      Delete
    4. jilat la bijan tu puas2

      Delete
    5. haah...lebih demokratik dr MO1..x der lak zaman Tun nak blok2 web...

      Delete
    6. Betoi.Betoi.Betoi.Betoi................

      Delete
    7. Sudahlah Anon 11:37,,tak guna pun nak bela najib sebab yang dia kayakan pun Cina Jho Low tapi kau dapat apa eh??

      Delete
    8. Apsal macai ko pulak yg panas..??
      Kau dgn bos kau sama je kecut takde telor..!

      Pegi mkn dedak byk2 keluarkan sikit 'kepala bawah' tu dari tertanam tenggelam mcm kepala kura2 sbb buncit..buncit sbb perut penuh dgn dedak..

      Bodoh macai !!!

      Delete
  2. Aku penduduk jati shah alam. Kelentong la kalau kata penduduk shah alam bantah. Seksyen 16, umno pun dah hampir mati. Mana datang sampai 18 report polis bantah debat tersebut? Kedai judi online dan judi ekor haram berlambak polis biarkan, debat pulak nak diharamkan. Pelik2..lokasi debat tersebut mmg sesuai, tepi federal highway, jauh dari penempatan penduduk.

    ReplyDelete
  3. Ingatlah this is not n issue of cowardice. This is an issue of FEAR OF NAJIB. All rasons given nazri ke Bn ke Polis ke adalah script yang telah disediakan.....betul tak JASA boys.....

    Saya tengah dok tunggu sebab you suruh i tunggu "interesting news"....lalalala

    ReplyDelete
  4. Anon 11:37
    Porahhhh. . . Apa yg tak demokratiknya?
    Boleh tunjuk?
    Setakad itu jer boleh komen?
    Ini yg najib kata bangang?
    Asal bukak mulut jer bau longkang?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com