innity

pages

Friday, April 7, 2017

Timb. Menteri MAHU HUKUMAN lebih Berat terhadap ANAK MP PASIR SALAK, Datuk Tajuddin


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed secara peribadi berpendapat lapan individu, termasuk anak Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955 sepatutnya dikenakan dakwaan lebih berat.
Ini, kata Nur Jazlan, adalah kerana mereka bertindak liar di kawasan larangan.
Beliau juga melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Faisal Tajuddin yang turut mengkritik siasatan polis.
"Ini adalah apabila timbul kemarahan orang ramai terhadap dakwaan mereka, mereka kini menyalahkan polis.
"Bagi saya secara peribadi, saya fikir mereka perlu diberi hukuman lebih berat kerana bertindak liar di kawasan larangan," katanya.
Walau bagaimanapun, timbalan menteri itu berkata pertuduhan adalah berdasarkan siasatan polis dan terpulang kepada polis mencadangkan pertuduhan.
Nur Jazlan disoal mengenai kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan beberapa peguam yang mengulas bahawa dakwaan terhadap lapan individu itu adalah tidak wajar dibuat di bawah Akta Kesalahan Kecil yang membawa hukuman denda maksimum sehingga RM100.
Pada 24 November tahun lalu, Khalid diserbu sekumpulan penyokong dari Pasir Salak, selepas berlaku pertikaman lidah dengan anggota parlimen kawasan itu, Datuk Tajuddin Abdul Rahman di parlimen.
Ia berikutan tindakan Tajuddin yang juga ketua bahagian Umno Pasir Salak melabelkan anggota parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya wanita yang mempunyai 'Kok'.

3 comments:

  1. Jazlan salah cakap ke apa tu. Sat ni tajuddin hantar budak rempit pukul baru tau. Tak banyak pun belanja. Rm100 je satu kepala ..hahaha

    ReplyDelete
  2. Tajudin hina cina yg anti islam dan melayu tu. Khalid pertahankan cina yg benci melayu, anak tajudin pula nak gaduh dan hina khalid. Polis tangkap dan denda anak tajudin. Khalid dan Jazlan nak anak tajudin kena lg teruk.

    Semua cerita tu aku nampak teresa kok si cina yg anti islam dan melayu tu tak payah buat kerja sebab ada org pertahankan dia dan ada org melayu yg gaduh sesama melayu. Ada org melayu yg pi tangkap melayu.

    Cina juga yg tersenyum sbb org melayu ttp rugi. Melayu diperbodohkan.

    Arjuna perak.

    ReplyDelete
  3. Melayu macam arjuna perak dan tajudin .. memang bodoh.. yg melayu tajudin pergi mencarut dlm dewan tu apahal.. apakah itu budaya melayu.. budaya islam..

    Tajudin melayu haprak dgn perangai haprak.. melayu tamadun terpaksa tolak melayu haprak.. isu sekarang ialah isu antara melayu tamadun dgn melayu haprak..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com