innity

pages

Thursday, April 6, 2017

[TAPI TAK KEMANA JUGA] RUU355 Hadi No.1 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen Hari Ini


RUU 355 hari ini berada di giliran no.1 bagi Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul selepas sahaja sesi MQT & Soal jawab Lisan.

Namun, ramai yang beranggapan, tindakan UMNO dan BN membenarkan Hadi membaca usul sahaja itu demi membalas jasa Haji Hadi yang selama ini menjadi "balaci" Najib.


Walau bagaimanapun, bacaan usul Hadi ini tidak memberi apa-apa makna kerana ia hanya lah suatu usul persendirian dan bukan merupakan pembentangan dan perbahasan pindaan Rang Undang-Undang 355.

Masih jauh lagi perjalanannya dan pastinya pihak Kerajaan yang akan membawa pindaan RUU355 selepas disemak oleh Pejabat Peguam Negara dan dicetak "blue bill".

Hari ini merupakan hari terakhir persidangan Dewan Rakyat mesyuarat pertama tahun 2017.

Malam tadi (awal pagi) Dewan Rakyat bersidang sehingga lebih jam 4.00 pagi, mungkin untuk memberi ruang kepada Hadi membaca usul RUU355.

1 comment:

  1. Apa2 pun kita berlapang dada, semoga ramai rakyat akan belajar dan berbincang tentang syariat Islam. Kita juga semakin kenal hitam putih perangai pemimpin melayu sepanjang isu ini berlangsung.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com