innity

pages

Friday, April 7, 2017

‘Tan Sri’ cuba rasuah Sultan Johor dibebaskan


PUTRAJAYA,10 Rejab 1438H, Jumaat – Suspek bergelar ‘Tan Sri’ yang didakwa menawarkan rasuah berjumlah RM2 juta kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dibebaskan selepas direman lapan hari.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan ahli perniagaan berusia 54 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 dan satu lagi ikat jamin bernilai RM150,000 dengan penjamin.
Lelaki berkenaan tiba di mahkamah di sini pada pukul 9.20 pagi pagi tadi diiringi pegawai SPRM.
‘Tan Sri’ itu ditahan selepas menyerah diri kepada pihak SPRM di Putrajaya pada minggu lalu.
Ia susulan pendedahan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mendakwa, baginda ditawarkan wang sebanyak RM2 juta untuk memberikan gelaran Tan Sri.
SPRM menyiasat dakwaan Sultan Ibrahim, melibatkan lelaki berkenaan yang dipercayai sebagai ‘broker’ untuk mendapatkan gelaran diraja selain menyiasat punca pendapatan suspek. - ismaweb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com