innity

pages

Thursday, April 13, 2017

Suren Si Nepal Datang Malaysia 2 tahun lepas, sekarang ada bisnes untung RM26,000 sebulan

Sumber gambar : FB Izzat Ismail
Usaha. Itu je penentu yang pastikan korang berjaya.
Kalau takde ni, sampai bila-bila korang takkan dapat punya. Sekarang ni, bukan takde langsung peluang untuk korang buat duit banyak-banyak.
Korang nak kena pandai tengok peluang yang ada. Bila ada skil ni (benda ni, boleh belajar), senang. Dari situ, korang dah tau apa nak buat.
Kalau orang Nepal pun boleh buat, apa lagi alasan yang korang nak bagi kat Tok?
Bayangkan. Orang luar buat duit lebih banyak daripada kebanyakan kita. Tak panas ke? Jemput hadamkan perkongsian sempoi Tuan Izzat Ismail yang penuh manfaat ini.

Terlanjur, balik lebih 12 tengah malam?

Ini kisah Suren, si Nepal berumur 25 tahun yang hidup di Malaysia dengan pendapatan RM26,000+ sebulan.
Malam tadi jam 10.30, den pergi ke rumah sewa lama untuk selesaikan beberapa barang yang masih tertinggal.
Rupa-rupanya, rumah tersebut sekarang disewa oleh Suren bersama abang dan kakak iparnya.
Disebabkan den rakyat Malaysia yang berhemah dan berjiwa mulia, den mula la berbual dengan Suren.
Berborak la pasal asal usul, kerja lama, kerja sekarang, apa bikin, kehidupan di Nepal, gunung everest, pemimpin korupsi di Nepal, polis makan rasuah, dan banyak lagi.
Yang paling den terkejut beruk, bila Suren cerita pekerjaan sekarang dan jumlah pendapatannya.
Dari jam 10.30 malam, kami berbual hingga jarum menginjak 12.20 tengah malam. Dah macam jejak kasih, jumpa saudara yang lama terpisah.

Bijak si Suren ni. Nak tau apa dia buat?

Kisahnya begini, 2 tahun lepas Suren ni cuma general worker di sebuah kilang dekat Rawang. Namun, dia nampak potensi perniagaan apabila dia lihat ramai orang Nepal di sini.
Suren mula buka bisnes kedai makan, khas untuk orang Nepal.
Modus operandi Suren cukup bijak. Dia tawarkan pada pekerja Nepal yang ada di Rawang pakej bulanan berharga RM220 untuk makan 2 kali sehari selama satu bulan.
Kalau kira untuk makan sehari, jatuhnya lebih kurang RM7.30 beserta khidmat free delivery.
Kalau pelanggan yang tak nak pakej bulanan, atau pelanggan yang walk-in, harga makanan akan jauh lebih mahal, mencecah RM11.
Jadi, kebanyakan pelanggan lebih berminat dengan pakej bayaran bulanan RM220 sebulan tu.
Sekarang, Suren dah ada pelanggan tetap Nepal yang mengambil pakej bulanan seramai 120 orang.
  • 120 orang X RM220 =
  • RM26,400
Ini pendapatan kasar minima Suren. Tu tak campur lagi dengan pelanggan yang walk-in.
Dia boleh gajikan 6 orang pekerja. Kakak ipar sebagai cashier, abang sebagai supervisor, dan 2 orang Nepal uruskan food packaging, dan 2 orang lagi Nepal sebagai chef.
Teringat den pada Kame Daud.

Ini jadual waktu hidup Suren hari-hari. Mohon jealous

  • 5.00 AM : Bangun dan pergi ke kedai,
  • 7.00 AM : Mulakan “delivery pertama,”
  • 10.00 AM : Suren pulang ke rumah untuk rehat dan tidur sampai jam 4.00 PM,
  • 5.00 PM : Selepas mandi (kalau dia mandi la), Suren pergi semula ke kedai,
  • 6.00 PM : Buat ”delivery kedua” pulak,
  • 10.30 PM : Balik rumah, tidur.
Kagum den dengan Suren. Boleh menyewa sebuah kedai daripada orang Melayu, gajikan 6 orang pekerja, dan yang hebatnya, berjaya beli sebuah kereta Proton Waja harga RM8,000 secara tunai.
Ujar Suren:
“HEI KAWAN, KIRJA DENGAN WORANG (MAKAN GAJI), HUJUNG BULAN NGAM-NGAM BILANJA DUIY HABIS. MINIAGA BULIH UNTUNG LA.”

Dari kerja kilang, jadi tokey kedai makan

Itulah kisah Suren, jejaka Nepal yang bijak mengambil peluang.
Asalnya di Nepal cuma bekerja kampung. Datang ke Malaysia sebagai pekerja kilang, dan sekarang sudah bergelar pengusaha kedai makan.
Apa lagi alasan kita sebagai rakyat di bumi bertuah ini? Marilah berusaha memerah keringat.
Suren yang belakang, den yang depan. Korang jangan tersalah pula, muka memang lebih kurang.
Nanti den nak periksa salasilah keturunan, mungkin nenek moyang den asalnya Nepal. Jubake.
Disclaimer: Ketiak Suren tak busuk. Musykil juga den.

2 comments:

  1. Yaa..kt mesia nii nk meniaga byk sgt karenah..jumpa org tu..jumpa org nii..lesen bagaii..suren nii ade lesen kerr.....

    ReplyDelete
  2. suren ni dah bayar income tax ke belum???????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com