innity

pages

Tuesday, April 11, 2017

Sidang Dewan N Sembilan panas dengan dakwaan ADUN DAP


Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini panas selepas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Siow Kim Leong (DAP-Lobak) mendakwa beliau menerima satu laporan berkaitan rasuah melibatkan
pegawai Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
Ketika membahas usul menjunjung kasih Titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, beliau mendakwa menerima maklumat tersebut daripada orang awam.
Bagaimanapun, perbahasannya terganggu apabila Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bangun mencelah dan menempelak dakwaan Siow yang disifatkan telah melanggar peraturan dewan.
"Tuduhan seperti ini melanggar peraturan dewan dan saya minta Yang Berhormat tarik balik tuduhan ini atau buat aduan rasmi kepada SPRM (Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya.
Berdegil untuk tidak menarik balik tuduhan itu, Siow bagaimanapun ditegur Speaker DUN Datuk Dr Awaluddin Said yang menegaskan sekiranya ada tuduhan, ia perlu dilaporkan kepada pihak berwajib.
"Untuk rekod sahaja, informasi itu ada disalurkan kepada saya," kata Siow. Bagaimanapun, Mohamad (BN-Rantau) bangun sekali lagi mencelah dengan menyatakan bahawa tuduhan Siow tidak perlu direkodkan dalam hansard dewan, sebaliknya tuduhan itu perlu dilaporkan kepada SPRM.
"Yang Dipertua, saya tidak setuju ia direkodkan kerana ia merupakan satu tuduhan yang membabitkan seorang pegawai di mana ada unsur pertuduhan rasuah. Jika ia benar, saya minta YB Lobak buat aduan rasmi kepada SPRM atau pun pihak berkuasa.
"Jika tidak, saya minta supaya tuduhan ini ditarik balik,"katanya.
Bagaimanapun, Awaluddin menasihatkan Siow bahawa sekiranya benar berlaku, ia seharusnya dirujuk kepada SPRM dan bukannya membawa ia dalam sesi perbahasan di dewan.
"Yang Berhormat, apabila seseorang itu dituduh, meskipun tidak sebut nama, tapi nama MPS keluar sepatutnya YB pergi berjumpa SPRM dan bukannya bawa dalam dewan...bawa dalam dewan tak membawa apa-apa kebaikan pun," katanya.
Keadaan bertambah tegang apabila Datuk Abdul Rahman Mohd Redza (BN-Linggi) turut mengambil bahagian bangun mencelah bersetuju dengan Speaker bahawa tuduhan Siow memberi imej buruk kepada keseluruhan pegawai MPS.
Datuk Hasim Rusdi (BN-Labu) pula mahu Speaker mengambil tindakan tegas ke atas ADUN Lobak itu.
Mohamad bagaimanapun sekali lagi bangun mencelah meminta supaya Siow dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Dewan atas pelanggaran peraturan yang dilakukannya.
Bagaimanapun, Siow diberi kata dua oleh speaker sama ada menarik balik atau diarahkan meninggalkan sidang dewan. Beliau kemudiannya menarik balik tuduhan tersebut. -Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com