innity

pages

Thursday, April 6, 2017

'Saya ada bukti orang rapat dengan PAS dapat duit 1MDB'



Rafizi Ramli hari ini membuat dakwaan mengejutkan apabila mendakwa mempunyai bukti terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB.
Malah, dakwa naib presiden PKR itu, wang itu mengalir daripada akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam sidang media di parlimen hari ini, anggota parlimen Pandan itu mencabar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjawab perkara itu.
Rafizi berjanji akan membuat pendedahan lanjut berkaitan perkara itu selepas ini.

“Saya hendak tanya Hadi sama ada beliau yakin tiada... wang daripada akaun Najib mengalir kepada individu yang rapat dengan PAS,” katanya.

Najib telah menafikan menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata wang itu adalah sumbangan daripada seorang putera Arab Saudi, justeru membersihkan nama Najib daripada sebarang salah laku.
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mendakwa sebanyak AS$681 juta telah mengalir kepada "Malaysian Official 1 (MO1)".
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Rahman Dahlan mengesahkan MO1 adalah Najib tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan itu.

Najib mengaitkan dakwaan terhadapnya itu bertujuan menjatuhkannya daripada tampuk kuasa.
Sementara itu, dakwaan hampir sama telah dibuat terhadap laman pembocor maklumat Sarawak Report dan bekas naib presiden PAS sendiri Datuk Husam Musa.
Husam mendakwa RM90 juta mendakwa berlaku pemindahan wang melalui akaun di Affin Bank. PAS sebelum ini berkata akan menyaman Sarawak Report dan Husam.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini menafikanperkara itu.



6 comments:

  1. Hj Hadi bleh jawab? Atau nak main wayang lagi? Siapa tak kenal bijan 4k cash is king?

    ReplyDelete
  2. PAS oh PAS! MANA MARUAH KAMU?

    ReplyDelete
  3. Inilah percaturan najib menjelang PRU yg bakal diadakan tidak lama lagi.

    Najib "suap" hj hadi 90 juta jer...maruah agama dijual dan dilelong pada harga amat rendah.

    Sudah Tiba masanya hj hadi ditumbangkan jika beliau masih berdegil untuk letak jawatan.

    ReplyDelete
  4. Mana maruah kamu wahai ahli2 PAS sekalian? Setelah berpuluh puluh tahun ditarbiahkan anti umno?

    Bukan pertama kali umno kencing PAS, dah banyak kali dah...

    Tak serik, nampak duit, gelap hati pemimpin2 PAS nih, patutlah ader pemimpin PAS tambah bini, tambah rumah bunglow dan kereta audi berharga 700,000.00.

    Hari ini, penyokong PAS disuruh jangan sokong dan jangan undi pakatan harapan.

    Ada rahsia tersembunyi yg dah TERBURAI! Maka berterusan ahli2 PAS diperbodohkan oleh pemimpin mereka.


    ReplyDelete
  5. Rafizi dah byk kali disahkan menipu maybe ini lg sekali beliau akan menipu..sudahlah rafiZi ckp ko dah ibarat org mabuk mmg dah disahkan segalanya menipu saja..

    ReplyDelete
  6. MUKA PLURALIST DAN SYIAH MURTAD DAH KUAR
    ITU SIKIT KAT BELAKANG MASIH RAMAI
    MASA PRU 14 KITA SENDIRI AKAN AJAR
    BARUA SINGAPORK@DAP KITA KASI LUNYAI

    ....INI KALI LAH

    UBAH & SIMEN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com