innity

pages

Monday, April 3, 2017

RUU355 Najib telah PECAHkan RAHSIA pada Nov 2016 lagi, Himpunan UNGGU Hanya WAYANG



Pada November 2016 lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memaklumkan kerajaan persekutuan akan "mengambil alih" rang undang-undang persendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Akta 355).

Najib bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana rang undang-undang "diambil alih" oleh kerajaan.

Najib berkata demikian dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau yang juga presiden Umno berkata rakyat khususnya bukan beragama Islam tidak seharusnya bimbang kerana tidak akan tertakluk di bawah rang undang-undang berkenaan.

Menurut Najib, kerajaan indukan Umno telah membuat ketetapan bersejarah, dengan memberi laluan kepada RUU Persendirian yang dibawakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dibacakan di Dewan Rakyat pada 24 Nov lalu.

RUU itu bertujuan membolehkan pindaan dibuat ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 untuk memperkasakan mahkamah berkenaan.

Najib berkata usul persendirian itu kemudiannya akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mahukan orang Melayu dan Islam bersatu serta melupakan sengketa dan perbezaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com