innity

pages

Monday, April 17, 2017

Rafizi saman RPK

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, sudah memulakan proses perundangan untuk menyaman Raja Petra Kamarudin, walaupun bloger itu didakwa berstatus muflis.
Kata Rafizi, peguamnya, Saiful Izham Ramli, sudah diarah mengeluarkan surat tuntutan terhadap Raja Petra Jumaat lalu kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah.
"Setelah peguam saya mengeluarkan surat tuntutan dan selepas tarikh masa menjawab luput (seminggu selepas itu), saya akan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Raja Petra Kamaruddin.
"Walaupun beliau seorang yang muflis, saya mahu melihat beliau dibawa balik ke Malaysia pada suatu hari nanti untuk menjawab semua pertuduhan terhadap beliau termasuklah saman fitnah saya," katanya melalui kenyataan media hari ini.
Rafizi berkata, ia adalah langkah perundangan pertama seumpamanya diambil terhadap sesiapa pun setakat ini.
"Kerana saya tahu siapa di belakang Raja Petra," katanya.
Pada 7 April lalu Raja Petra menerbitkan tulisan mendakwa Rafizi memperoleh RM20 juta daripada seseorang bernama John Soh. Soh didakwa Raja Petra adalah akan perniagaan Tun Daim Zainuddin.
Dalam tulisan itu bloger terbabit turut memetik nama lain termasuk Datuk Saifuddin Nasution Ismai dan Datuk Zaid Ibrahim.
Menurut Rafizi "fitnah" berkenaan kemudian diucapkan berulang kali oleh pemimpin serta penyokong PAS ekoran pendedahan beliau mengenai aliran dana syarikat SRC Internasional Sdn Bhd ke akaun Datuk Seri Najib Razak sebelum ia didakwa sampai kepada bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa.
Anggota parlimen Pandan itu berkata, beliau sedar jika saman ke atas Raja Petra itu berpihak kepadanya pun, tiada apa-apa pampasan yang akan diperoleh kerana status Raja Petra yang muflis.
"Malah saya terpaksa membayar yuran guaman untuk memfailkan saman tersebut," katanya.
Bagaimanapun dalam keadaan begitu Rafizi berkata, beliau berpendapat saman ke atas Raja Petra sudah menjadi suatu keperluan kerana bloger terbabit "berasakan dia dilindungi daripada sebarang tindakan kerana kini berada di United Kingdom, serta berstatus muflis.
Raja Petra tahu, kata Rafizi, bahawa tindakan menyaman itu membazirkan wang kerana sebagai seorang muflis, tiada harta untuknya membayar pampasan nanti.
"Tetapi saya bukan mahukan wang. Saya mahukan kebenaran," kata Rafizi. - mk

7 comments:

  1. Ini baru betul2 anak jantan tapi jgn macam lebai2 PAS pandai mencanang nak saman si anu, si itu, si dia setiap kali isu mengenai salahlaku PAS disebarkan tapi sampai skrg 1 habuk pun tak nampak.

    ReplyDelete
  2. Ingat, seperti Piji kata pada Nasha, yg menyaman kenalah jawab pelbagai soalan dari org yg kena saman....

    ReplyDelete
  3. Dulu aku memang tak berkenan sangat kat Piji ni, tapi bila aku refresh balik kes2 yang dia utarakan....aku respect kat dia atas keberanian dia. Teruskan Piji, berjuang dan selongkar kemungkaran atas nama Agama, Rakyat dan Negara.
    Salute to you.......

    ReplyDelete
  4. Yes2 aku suka,,aku suka..

    ReplyDelete
  5. Saya sependapat dgn anon 5:15

    ReplyDelete
  6. Piji mat lembut ni anti RUU355 aku langsung tak suka. Jadi penyambung lidah Kapir DAP yg anti islam dan.pro LGBT.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com