innity

pages

Tuesday, April 11, 2017

Prof. Agus: "Kelantan sukar bagi PAS, inikan pula 80 kerusi parlimen"

Seorang penganalisis meramalkan sukar untuk PAS memenangi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding apa yang dimiliki parti Islam itu sekarang.
Pemerhati politik Datuk Mohamad Agus Yusoff berkata ia antara lain kerana pilihan raya umum akan datang bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru.
Menurut Agus, PAS ketika masih mengadakan hubungan kerjasama dengan parti pembangkang lain, dan di kala seterunya Umno berdepan krisis politik susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, hanya berjaya memenangi 27 kerusi parlimen pada pilihan raya umum 1999.
“Itu yang terbaik. Bayangkan keadaan sekarang undi berpecah, PAS berpecah, dan keyakinan orang ramai kepada sikap ‘gentleman’ PAS dalam bekerjasama itu tidak ada,” kata pensyarah kanan Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia itu kepada FMT.
Baru-baru ini, PAS menyatakan hasratnya untuk bertanding tidak kurang 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.
Parti itu enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, yang menggabungkan PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Agus bagaimanapun tidak yakin kejayaan PAS pada PRU sebelumnya boleh diulangi kali ini.
Dengan 2 kerajaan Terengganu, Kedah pun boleh tumbang (pada 2004 dan 2013), kemenangan itu tentunya sukar dan untuk ulangi pencapaian terbaik pun sukar,” katanya.
PAS merampas Terengganu pada PRU 1999, dan pada 2013, menawan Kedah. Kedua-dua pentadbiran PAS itu hanya bertahan satu penggal.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dilaporkan berkata PAS turut menyasarkan kerusi seperti Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Lembah Pantai, di samping Segambut dan Batu. Kebanyakan kerusi ini dilihat kubu kuat pembangkang khususnya DAP dan PKR.
Agus berkata bukan sahaja Lembah Klang, di negeri yang menjadi kubu kuatnya, Kelantan, pun parti Islam itu menghadapi jalan sukar.
“Apabila berlakunya pertandingan 3 penjuru di Kelantan, kelebihan itu ada pada Umno. Sebabnya yang berpecah itu undi PAS.”
Agus berkata ada satu syarat PAS mungkin berpeluang pertahankan Kelantan yang diperintahnya sejak 1990.
“Melainkan calon PAS itu muka baru dan rakyat nampak ada wawasan untuk (terus) memerintah Kelantan, maka boleh (menang).
“Kalau pada hari ini sukar. Sukar untuk PAS kekalkan pemerintahan di Kelantan. Rakyat pun mahu lihat kepada pembaharuan,” jelas beliau. - FMT

5 comments:

  1. zaman kejatuhan PAS

    ReplyDelete
  2. Allah murka PAS pilih bersama penjahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kawan dengan kafir kategori anti islam dan melayu tak apa...kan?..kan?

      Delete
    2. Kalau kawan dengan kafir mca, mic, gerakan, supp, prs, spdp, uppanti islam dan melayu tak apa ke..ke..ke.?

      Delete
  3. A fairly accurate view of PAS and the future.

    Perhaps Allah swt nak tunjuk pada all malaysians yang PAS has adulterated the teachings of Islam. Parti ajaran sesat....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com