innity

pages

Friday, April 21, 2017

Polis tangkap Raja Bomoh hari ini


Polis dilaporkan menangkap Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin di Segamat, Johor hari ini.
Harian Metro yang memetik sumber yang tidak dinamakan, melaporkan Ibrahim ditahan pada 2.30 pagi dipercayai di sebuah hotel di bandar itu.
Ibrahim mencetuskan kontroversi apabila dirinya sering melakukan ritual pelik.
Terakhir, pada 13 Mac lalu dia melakukan ritual di hadapan Institut Perubatan Forensik Nasional, Hospital Kuala Lumpur kononnya 'memagar' Malaysia dari diserang negara asing khususnya Korea Utara.
Susulan itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan sebarang ritual dijalankan oleh Ibrahim kerana ia bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut dilaporkan berkata, polis menjejaki bomoh terbabit kerana disifatkan merosakkan imej Islam.
Antara ritual peliknya yang lain termasuk mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang dan ‘merestui’ tempat kejadian kemalangan yang membabitkan bekas pemimpin DAP, mendiang Karpal Singh.

1 comment:

  1. Patut dah lama Raja temberang ni ditangkap .Tapi undang undang di Malaysia ni mcm itu lah.Dah kritikal baru nak bertindak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com