innity

pages

Wednesday, April 12, 2017

Polis SELESAI siasat 1MDB, kertas ada dengan AG



Pihak polis telah menamatkan kertas siasatan berkaitan 1MDB dan ia telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

"Kita telah pun habis siasat (1MDB) dan kertas siasatan dah serahkan kepada pihak Peguam Negara. Agak lama (dah serahkan)," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung arahan Peguam Negara kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengakhiri siasatan anak syarikat 1MDB, SRC International.

Khalid sebelum ini memberitahu pihak polis tidak menyiasat SRC International. 

Malah, pihaknya juga berkata, siasatan 1MDB berdasarkan cadangan dan penemuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan pada Ogos tahun lalu , fasa pertama laporan tersebut selesai.

2 comments:

  1. Khslid pun sekongkol
    Makan dedak

    Kerajaan baru insyallah...
    Hapuskan umno bn

    ReplyDelete
  2. AG pulak akan kata....Najib tak buat apa2 kesalahan. Tak perlu bising2. Rakyat semua duduk diam2. Phuuuiiiii.....!!!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com