innity

pages

Monday, April 3, 2017

[PIRAH MABOK] Lawan dengan Tun M tak ada hal, 'small matter' - Nazri



Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menafikan dirinya 'terganggu' apabila memikirkan debat dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu skandal 1MDB.

Kata Nazri, walaupun debat tersebut dibatalkan oleh polis, beliau masih menaruh harapan kepada Sinar Harian supaya menganjurkan program tersebut.

"Waktu dia jadi perdana menteri, saya dah lawan dia dah dan saya menang apatah lagi dia bukan lagi perdana menteri.

"Saya nak bagi tahu, saya bukanlah bisu. Lawan dengan Mahathir tak ada hal, small matter," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Terdahulu, Nazri mengulas tindakan polis yang membatalkan perdebatan berkenaan atas alasan keselamatan selepas memberi lampu hijau pada mulanya supaya majlis diadakan di pejabat Sinar Harian di Shah Alam pada 7 April.

2 comments:

  1. Hwhehe...hebat dia ni, kaki lawan Tun M, sebab tu dia mendapat undian tertinggi dlm perhimpunan agung UMNO setiap kali ada pemilihan.

    ReplyDelete
  2. Dulu kata Tun M di ibarat baling gelas tak pecah,,apa dah jadi sekarang?? Rupa-rupanya Tun M masih Berantai dan tiada tandingan buat MO1 dan anak-anak buahnya......!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com