innity

pages

Wednesday, April 12, 2017

Penyanyi Aisyah KECEWA PAS hilang arah perjuangan


KUALA LUMPUR – Penyanyi Aishah mengakui dia kecewa dengan parti Pas yang pernah disertainya dahulu dan kini menganggapnya hilang arah perjuangan.
Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, Pas kini tidak lagi ‘menghalakan’ tembakan ke arah musuh parti itu, Barisan Nasional seperti sebelum ini.
Malah Aishah mendedahkan, dia pernah digelar ‘biawak’ ketika menjadi Pengerusi Lujnah Kesenian dan Kebudayaan Dewan Muslimat di dalam Pas.
“Saya rasa macam masuk dalam zoo. Tiba-tiba kena panggil biawak, kena panggil anjing.
“Selama 30 tahun saya menyanyi dalam industri seni. Orang semua lihat anak seni sebagai orang-orang yang jahil. Saya tak pernah tengok ketua kami orang seni ‘membiawakkan’, ‘menganjingkan’ orang lain,” luah Aisyah.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada satu program di Parit Buntar, Perak hujung minggu lalu apabila video ucapannya kini dimuat naik secara langsung di Facebook.
Kata penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu lagi, dia menyertai bidang politik kerana merasakan ada keperluan untuk berada dalam politik.
“Dari UMNO saya berhijrah (Pas).. mengharapkan berada di kalangan orang yang saya rasa mungkin lebih banyak ilmu untuk membimbing insan seni seperti saya.
“Kita semua ada keperluan untuk berada dan ambil tahu pasal politik,” katanya.
Aishah kini menyertai Parti Amanah Negara. – MalaysiaGazette

9 comments:

  1. masuk pas salahkan umno. masuk amanah salahkan pas. tak ada kerja lain selain menyalahkan orang. kalau berhijrah tu biarlah benar2 berhijrah dari segi fizikal dan kerohanian. kalau masih ada sekelumit benda busuk dalam jiwa tu bermakna belum sebenar-benarnya berhijrah. mungkin kelongsong sahaja yang berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paham apa maksud Aishah tu baru kau komen..

      "“Dari UMNO saya berhijrah (Pas).. mengharapkan berada di kalangan orang yang saya rasa mungkin lebih banyak ilmu untuk membimbing insan seni seperti saya."

      kalau org itu benar2 islamik kenapa perlu megkafirkan org lain?kenapa perlu memangil saudara seislam lain sebagai anjing,biawak, etc?

      siapa yg sebenar busuk jiawanya? lu pikir la sendiri..

      Delete
    2. Aisyah yg dikatakan berhijrah aku nampak dah hilang arah dari nasyid ke gegar vaganza. Elok laa baiki dan jg kefahaman sendiri. Boleh kalau nak tegur tapi elok tegur PAN yang sekawan dgn cina kapiaq anti islam tu.

      Delete
  2. Aishah...,

    Macamlah kau benar2 tahu arah tuju PAS dari asal. Orang PAS berjuang sejak lama.. lebih lama dari musim kau mula2 melompat2 kat pentas menyanyi lagu2 hebat kamu.
    Politik bukan makanan kau. Kau seorang penyokong dan pengikut. Kau boleh naik bercveramah di atas pentas kerana kau popular. Popular BUKA kerana sebuah perjuangan, tetapi kerana pernah popular melompat2 di atas pentas nyanyian.
    Jangan bercakap tentang arah tuju kerana kau masih jahil tentang arah tuju PAS yag asal.

    ReplyDelete
  3. Orang cerita arah tuju pas Sekarang,,,x sama dgn Arah tuju pas yg asal...kalau nak ikut pun,jgn lah mengkhinzir buta.

    ReplyDelete
  4. Anon 12.07PM

    20 Fatwa Terkenal Mursyidul Am PAS Yang Wajib Orang PAS Hafal

    1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
    - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

    2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
    - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.


    3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
    - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.


    4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
    - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

    5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
    - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

    6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
    - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

    7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
    - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

    8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
    - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

    9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
    - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

    10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
    - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

    ReplyDelete
  5. 11. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
    - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

    12. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
    - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

    13. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
    - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

    14. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
    - Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.


    15. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
    –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

    16. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
    – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

    17. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
    – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


    18. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
    – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

    19. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
    – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


    20. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
    - jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul

    ReplyDelete
  6. Anon 12.07pm
    Ini ke arah tuju PAS ?

    ReplyDelete
  7. Pas pun manusia jugak. Budibahasa pun Sama jugak dgn parti2 lain. Tiada beza parti Pas atau umno. Bezanya hnya kopiah. Sy sarankan aishah menjadi manusia biasa lebih afdhal daripada menceburi bidang politik. Politik Malaysia tidak sihat. Suka memburukkan satu Sama lain.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com