innity

pages

Tuesday, April 18, 2017

PAS Selangor bersedia ingkar Majlis Syura Ulamak


18 APRIL: PAS Selangor dilihat masih berdegil dengan membuat keputusan akan tetap berada di dalam kerajaan negeri sekalipun Majlis Syura Ulamak serta perwakilan dalam muktamar parti itu pada hujung bulan ini membuat keputusan memutuskan ‘tahaluf siyasi’ dengan PKR.


ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi mendakwa tahaluf siyasi PAS di peringkat kerajaan dan parti adalah dua perkara yang berbeza.
“Tahaluf di peringkat parti adalah di mana kita bersetuju untuk tidak bersetuju kerana setiap parti ada matlamat dan prinsip tersendiri. Dalam masa yang sama kita menghormati matlamat dan prinsip parti lain.
“Tahaluf menerusi kerajaan pula adalah menjaga kepentingan rakyat. Di mana kita mempunyai kebersamaan dalam matlamat. Itu jauh lebih penting dari melayan matlamat parti masing-masing,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu kepada Antarapos, Isnin.
Sebelum itu, beberapa kawasan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan membuat usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR sejak awal Mac lalu.
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani dilaporkan berkata berkata tahaluf siyasi PAS dengan PKR hanya wujud di bawah pentadbiran kerajaan Selangor, pimpinan Pakatan Harapan (PH).
Dalam pada itu, Sallehen berkata hala tuju parti itu di Selangor akan ‘berubah arah’ sekiranya PKR dan DAP tidak lagi mahukan khidmat mereka.
“PAS akan terus berada di dalam kerajaan negeri kecuali jika PKR dan DAP bekerjasama untuk singkirkan PAS,” tegasnya. - BNBBC

9 comments:

  1. Itu yg rafizi nak berlaku. Putus hubungn dan runtuhkan kestabilan selangor. Sbb itu dia beria ia panaskan isu duit yg tak pun nasuk dlm akaun pas. Dia blok rival Azmin Ali

    ReplyDelete
  2. Dedak menarik,,x lepas punya

    ReplyDelete
  3. Pas kena berhati 2 dgn umno.nampak gaya macam ada komplpt nk jahanam kan pas ..mainan politik kotor umno DGN rafizi ...harap pas jgan melatah buat post morten..hal ni macam ruu 355 gak .umno yg tk sok0ng yg pas gak yg kena...kes rafizi pun pas gak kena balun.. rafizi dgn najibs mcam ada komplot nk jahanam kan pas..ingat cash is king.. macam kes rpk la tiba2 jer bole sebelah kerajaan..kebetulan agaknya ..o politk kotornya kau

    ReplyDelete
  4. Baru ku sedari pada waktu dan ketika itu...

    Di sebuah taman bernama tasik titiwangsa...

    Ketika itu ada satu pertemuan, demi menyelamatkan warga rohingya...

    Mereka berpimpin tangan, sambut menyambut, rela merelai dan sungguh redha kelihatannya..

    Ya mataku belum buta, bijan 4k berpimpin tangan dengan hj hadi...

    Tersembunyi di sebaliknya, bijan 4k beri wang hasil rompakan kepunyaan rakyat, kepada nasharudin untuk diagih agihkan kepada pemimpin2 PAS.

    Hj hadi menerima hulur tangan bijan 4k membawa maksud, DAH TERIMA!

    maka penyokong PAS memandangnya sebagai simbol perpaduan UKHWAH!

    Sungguh syahdu dan terkesan melihatnya,

    Tidak disangka penyokong PAS dilembu kaldaikan lagi...

    Oleh UMNO dan bijan 4k,

    Kepada PAS Selangor dan negeri yg lain, pandai2 korang ler...

    Kerana,

    Tuan Presiden, Tuan Guru kamu dah berkhalwat, bersekongkol dan bersyubha dengan bijan 4k, ketua penyamun no. 1 negara.

    ReplyDelete
  5. lebai hadi patut pecat mana-mana ahli pas yang engkar ketetapaa majlis syura ulamak. apapun kuasa dan jawatan exco pas selangor lebih penting untuk mengisi perut dari mendengar cakap hj hadi yang semakin mengarut.

    ReplyDelete
  6. Menjaga kepentingan rakyat ke,nak jaga tembolok sendiri ?.Itu lah sikap munafik parti cap bulan sejak dari awal penubuhannya

    ReplyDelete
  7. Jawatan lebih penting.itu yg sebetul nya.

    ReplyDelete
  8. Balik dri ceramah.. seblum tido buat anak..bangun tido smbung buat anak...bru mandi junub ....
    Yg penting wallak yg lainnya aku tak tahu....

    ReplyDelete
  9. PAS kena pecat Exco ini . Lawan ketetapan Majlis Syura Ulamak badan tertinggi dalam PAS sama lah jugak melawan pimpiman Ulamak . Nik Amar Range Rover , sila bagi fatwa .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com