innity

pages

Tuesday, April 4, 2017

Parti Bebas Rasuah mohon sertai Pakatan Harapan



Parti milik bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas senator Datuk Ezam Mohd Nor hari ini menghantar permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pihaknya akan membawa perkara itu pada mesyuarat sekretariat HARAPAN yang akan berlangsung tidak lama lagi.


“Petang ini kami akan menerima surat permohonan sertai Pakatan Harapan... Kita akan bawa ke majlis presiden, tapi pertamanya kita akan bawa ke majlis sekretariat Pakatan Harapan (dahulu),” katanya pada sidang media di Pejabat Pembangkang di Parlimen hari ini.

Parti milik Ezam dinamakan sebagai Parti Bebas Rasuah bagi menggantikan Generasi Baru (NewGen Party).

Fahmi yang juga ahli sekretariat HARAPAN turut berkata bahawa pihaknya membuka ruang kepada parti lain yang mempunyai dasar perjuangan yang sama demi menyelamatkan Malaysia.

Sementara itu, Khairudin dalam kunjungan itu berkata bahawa beliau meletakkan harapan yang tinggi supaya Majlis Presiden HARAPAN membuat pertimbangan sewajarnya supaya mereka dapat menyertai gabungan itu.

Khairudin ketika ditanya adakah akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berkata beliau akur dengan sebarang keputusan yang diputuskan dalam HARAPAN terhadapnya.

“Masalah nak bertanding atau tak, masalah lain. Apapun kita kena akur dengan majlis presiden HARAPAN. Andai kata mereka beri kerusi untuk bertanding, alhamdulillah kita terima dan andai kata kami tak diberi sebarang kerusi, kita terima dengan hati yang terbuka.

“(Tapi) matlamat perjuangan kami nak tumbangkan kerajaan kletopkrasi yang ditunjang oleh Umno-BN,” katanya.

1 comment:

  1. Budak kidin kotak dah buat parti baru... tahniah sangt makin meriah Pakatan Putus Harapan... agak parti kidin kottak nak bertanding di mana yerr..?
    Elok rasanya kidin bertanding di Matang Pauh... Si Kotak bertanding di Bukit Antara Bangsa dan Gombak... kikikikikiki..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com