innity

pages

Thursday, April 6, 2017

Pandikar TANGGUH Dewan sebelum Usul RUU355 Hadi DIBAHAS - Parlimen bergema "Takut! Takut!"



Memetik "kata-kata hikmat" seseorang yang tidak dinyatakan, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sesi kali ini sebelum usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibahaskan.

Menurut Pandikar, beliau berkuasa penuh untuk menentukan perjalanan mesyuarat dewan dan membuat keputusan berdasarkan kuasa yang ada padanya.

"Saya ingin kongsikan satu kata-kata hikmat yang terpahat di fikiran saya hingga sekarang - if you are in power, you are powerful, if you don't use your power, your are a bloody fool.


"Pada hari ini saya tak mahu menjadi bloody fool. Saya nak gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan (usul meminda Akta 355 dibawa hari ini) diadakan pada sesi akan datang," katanya.

Pengumuman itu terus mendapat bantahan anggota parlimen pembangkang yang jelas tidak berpuas hati.

Ia mencetuskan kemarahan anggota parlimen pembangkang yang menjeritkan perkataan "Takut! Takut!"

Bagaimanapun Pandikar enggan berganjak, sebaliknya terus meninggalkan sidang.

Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) berkali-kali menyebut: "Islam bukan macam ni!"



Ahli Parlimen AMANAH-Shah Alam, Khalid Samad bangkit bertanya kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sama ada anggota parlimen akan diberi peluang membahaskan usul dibawa Abdul Hadi. 

Pertanyaan itu dibuat kerana ramai anggota parlimen bangkit mencelah.

"Adakah kami akan diberi peluang membahas, atau hari ini (adalah) hari PAS dan Umno," katanya.

Bagaimanapun Pandikar berkata sekarang adalah sesi untuk ucapan menyokong usul Marang dan beliau akan menentukan waktu untuk berbahas.

Beberapa MP Umno bangkit untuk mencelah tetapi lebih kepada berucap dan memberi pandangan masing-masing.

4 comments:

  1. Aku harap kita jgn lagi pilih pemimpin yg menjerit takut takut tu. Kita nak baiki kuasa mahkamah syariah kenapa nak main2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada yg nak mencadangkan sesuatu yg lebih baik xboleh ka? Takut sokongan rakyat berpindah tangan ka? Takut la tu...

      Delete
  2. rendahnya nilai maruah pemimpin2 Islam puak2 pakatan...terhegeh2 nak jadi penjilat lobang taik kafir2 DAP PKR...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau lupa bro..sepatutnya parti pemerintah umo la yg kena bentang RUU ni.kenapa diaorg tak nak?terhegeh2 nak jadi penjilat lobang taik kafir2 MCA MIC?

      siapa yg ada kuasa majoriti dlm parlimen utk gubal undang2 islam sebenarnya?jgn guna agama utk kepentingan politik

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com