innity

pages

Saturday, April 8, 2017

[PANAS] Pulau Pinang Lebih Baik Dibawah DAP Berbanding BN - Chef Wan


Chef Wan atau nama sebenar, Redzuawan Ismail pada semalam telah berkongsikan satu rakaman perbualan bersama pemandu teksi yang menceritakan perbezaan pentadbiran Pulau Pinang dibawah kerajaan DAP berbanding pentadbiran Pulau Pinang dibawah kerajaan Barisan Nasional.


Menurut pemandu teksi tersebut, pelancong memuji kerajaan Pulau Pinang yang lebih bersih dan menjaga bangunan-bangunan lama berbanding suatu waktu dahulu. Terlalu banyak perubahan di Pulau Pinang pada masa sekarang.

Pemandu tersebut menjawab kepada soalan Chef Wan yang bertanyakan tentang pendapat pelancong mengenai kerajaan negeri Pulau Pinang ketika melawat di negeri itu. Chef Wan juga menjelaskan bahawanya apa yang penting bagi rakyat ialah mereka mahukan perubahan dan yang terbaik untuk kepentingan rakyat walau siapa pun yang memerintah.

Ketika ditanyakan tentang penilaian rakyat terhadap pentadbiran Pulau Pinang, pemandu itu sekali lagi menjawab rata-rata rakyat berpuas hati pada pentadbiran masakini.

Chef Wan turut menulis bahawanya sikap perkauman yang dimainkan oleh sesetengah ahli politik terlalu meloyakan dan membantutkan usaha melakukan perubahan yang terbaik ke atas negara.  

"Saya selalu percaya jika kita rajin berusaha dan tidak bercakap mengarut serta ahli politik berhenti menjatuhkan antara satu sama lain termasuklah elemen perkauman yang membuatkan saya rasa loya mungkin kita kaya dan boleh membuat perubahan yang besar", kata Chef Wan memetik status Instagramnya. 


"Rakyat pada hari ini boleh menilai segalanya tentang propaganda kotor dan teruk yang sedang dipentaskan. Hanya yang bodoh dan bangang sahaja tidak mampu melihatnya kerana masing-masing ada agenda tersendiri kononnya takut itu dan takut ini.  

 

Jika anda jujur dan benar-benar mahu bawa perubahan kepada negara ini anda pasti akan melakukan tak kisah la dengan propaganda apapun dikalangan ahli politik pada hari ini. Naik meluat.  Saya tak kiri tak kanan. Saya sayang negara saya, bangsa dan agama saya dan saya tak pandai simpan dendam serta iri hati", katanya lagi

 

Rata-rata respon yang diterima beliau di status berkenaan turut menyokong kenyataan yang disampaikan oleh Chef Wan itu. Dan pihak kami berharap Chef Wan tidak akan dilabel dengan tuduhan tertentu kerana memuji pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.  - otaibersih

7 comments:

  1. Chef Wan hanya tgk isu hidup swbang, duit bagai. Tapi dia tak tahu perancangan DAP nak hapuskan dominasi agama islam dan melayu.

    ReplyDelete
  2. drebar teksi tu xtengok lg keadaan selangor kot.. mai la dtg sini.. tengok sampah berminggu xkutip, lalang tepi jalan sama tinggi dgn keta..

    ReplyDelete
  3. Bersih memang Berzih...

    Yang kotor pemimpin UMNO yang mencemar Negara dimata Dunia Dengan berbagai kes penyelewengan mega yang dilakukan.

    Sunggoh memalukan!!!

    ReplyDelete
  4. Pemandu teksi ialah golongan yang ada kepentingan. Bayangkan jika pelancong tak datang syoru pun akan terjejas.

    Cuba tanya nasib orang Melayu, dan golongan bawahan. Nasib nelayan-nelayan pantai,penghusaha2 warung dan perniaga2 kecil. Jangan lupa di antara pemandu2 teksi itu adalah macai2 DAP yang menjaga tuanya.

    Jika Chef nak bagi komen mengenai politik sila duduk lama di kalangan masyarakat Melayu Pulau Pinang. Bukan hanya menumpang teksi sedetik dah boleh bangga dengan kerajaan DAP yang telah melingkupkan kehidupan golongan Marhein semata2 membangunkan Mahligai untuk orang Cina yang kaya raya.

    Jangan sampai celebrity ini digelar Chef Mangkok Hayun.

    ReplyDelete
  5. Ballaci umno bn..makan taik...terbaik cef wan.

    ReplyDelete
  6. Sungguh bertuah rakyat Selangor Dan P.pinang hidup hari ini.

    Pelbagai faedah bantuan Dan peruntukan disediakan untuk rakyat negeri ini., Tambahan brim yg diberikan, sememangnya milik rakyat Dan bukan pemberian Najib.

    Malang sekali GST yg diperkenalkan menyebabkan rakyat amat marah! Ianya berpunca Dari penyelewengan Dan salahgunakuasa kuasa oleh pentadbiran Najib.

    Golongan pengampu Dan pengipas berterusan mendapat dedak, hasil duit haram pemberian Najib.makanlah, sumbatlah, sepuas hati kamu, sementara masih boleh bernafas, rakyat tidak sekali Kali izinkan perbuatan kamu, dunia mahupun akhirat.

    Hari ini rakyat ditindas Dan dianaiya,

    Ayuh rakyat! Kita undi parti pembangkang pada PRU akan datang!

    Ubah! demi masa depan anak2 kita!

    ReplyDelete
  7. UMNO penuh dgn pemimpin korup rasuah VS DAP, PKR, PAN penuh dengan pemimpin korup idealogi ( penganut Liberal, komunis, sekular).

    UMNO lemah ilmu agama islam VS DAP rata2 menyungutukan Allah, PKR 1/3 ahlinya musyrikin.

    UMNO berbaik dgn agen yahudi VS DAP dan PKR yg pro yahudi Amerika dan Israel.


    Yang mana nak percaya? Yg mana bolwh diharapkan? Yang mana bukan pengkhianat bangsa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com