innity

pages

Wednesday, April 12, 2017

[PANAS HARI INI] Hishammuddin Dilantik Sebagai Menteri Dengan Tugas-Tugas Khas


KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Hishammuddin masih kekal sebagai Menteri Pertahanan.

"Pelantikan ini akan membolehkan YB Datuk Seri Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan," katanya.

-- BERNAMA

8 comments:

  1. pelik lain macam, dah tak percaya kat zahid ke

    ReplyDelete
  2. menandakan PRU14 makin hampir, dia nak settle isu dalaman BN tu

    ReplyDelete
  3. Berapa byk menteri daa...double la gaji hishamuddin, dalam kata nak berjimat-cermat, ujudkan jawatan baru. Hmmm..alahai

    ReplyDelete
  4. Nasib Zahid hanya menghitung hari,silap silap boleh haribulan Bagan Dato' dapat calon baru

    ReplyDelete
  5. Tanda pru 14 dekat. Isu bn umno semakin meracau..duit negara dihabiskan ...nak bagi negara muflis agaknya..duit ditabur keseluruh ceruk negara..jalan elok pon diturap..kroni umno disuap sebanyak banyaknya...

    ReplyDelete
  6. Seluruh daerah pekan ditabur duit dan projek ..kroni..dan balacinya...

    ReplyDelete
  7. Ini cuma conspiracy theory saya. Kalau x betul...saya mohon maaf.

    Mungkinkah mca,gerakan dan mic terlalu marah terhadap zahid kerana bertegas mengenai pelaksanaan ruu355 menyebabkan Najib dipaksa akur dan ketepikan zahid.Lantikan sepupu najib ini akan perkukuhkan najib sekiranya penyingkiran zahid menemui penentangan dalaman umno.

    ReplyDelete
  8. Ada ketika zahid dilihat terlalu berani dan ada waktunya dia kelihatan lemah dan bebal. Apapun semua tindakan tersebut adalah menurut kehendak boss demi menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Samada sedar atau tidak, jawatan dan kedudukan zahid dalam politik telah ditentukan oleh najib dan kuncu-kuncunya. Cuma kesetiaan zahid membuatkan najib sendiri terpaksa mengikut rentak permainan dalam tempoh yang agak lama..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com