innity

pages

Monday, April 10, 2017

Negaraku - adakah ia masih milikku?


ULASAN l Pada Sabtu, 8 April lalu saya bertukar-tukar fikiran dengan kira-kira 40 orang anak muda di Port Dickson. Kita bercakap tentang peri pentingnya generasi muda mengambil peranan besar dalam hal ehwal negara.
Sebelum majlis bermula kita menyanyikan lagu Negaraku.
Sebagai mengusik pemikiran mereka, saya berkata hatta daripada lagu kebangsaan itu pun kita boleh mengambil iktibar dan memulakan proses pemikiran kritis.
Saya tanya mereka, adakah negaraku tanah tumpahnya darahku itu masih milik mereka?
Yang saya tahu, banyak harta negara telah dijual dan digadai bagi menimbus bangkai skandal 1MDB, SRC dan berbagai-bagai kecurian lagi.
Adakah rakyat hidup bersatu dan maju?
Rasa-rasanya tidak lagi. Terlalu banyak musibah, penipuan, pembohongan dan propaganda murahan telah memecahbelahkan rakyat jelata.
Dan pastinya negara kita tidak semaju dahulu lagi. Terlalu banyak masalah melanda ekonomi dan kewangan negara kerana ketidakcekapan, pemborosan dan hutang yang mencecah awan.
Kecuali segelintir golongan elit perniagaan, politik dan perkhidmatan awam, majoriti rakyat jelata ditekan dan dibebani kenaikan kos rasa hidup, pengangguran, kejatuhan nilai ringgit dan GST.
Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan. Tuhan tidak menyisihkan kita. Tetapi adakah kita mensyukuri rahmat yang Tuhan kurniakan? Atau apakah kita sedang ditimpa balasan kerana kemungkaran kita?
Dan akhir sekali adakah raja kita selamat bertakhta apabila ada raja yang menuduh pingat kebesaran negeri dan negara sedang dijual-beli dengan harga berjuta?
Berfikir dan bertindaklah jika kita masih sayang dan pedulikan kepada negara kita.

DATUK A KADIR JASIN bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Press. Beliau kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com