innity

pages

Friday, April 14, 2017

Nasha nafi dakwaan Rafizi terima duit 1MDB




Datuk Nasharudin Mat Isa hari ini menafikan menerima bayaran yang berpunca daripada 1MDB seperti didakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam akuan bersumpah semalam.

Dalam satu kenyataan, bekas timbalan presiden PAS itu berkata segala dakwaan Rafizi tiada kaitan dengannya serta fitnah dan berniat jahat kepada beliau dan parti itu.

Beliau juga menafikan dengan sekeras-kerasnya pernah menerima apa jua bentuk bayaran atau sumbangan daripada sumber-sumber seperti yang dinyatakan oleh Rafizi melalui tuduhan yang tidak berasas dalam akuan bersumpah tersebut.

Nasharudin juga bersedia untuk bekerjasama dalam sebarang siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyerahkan kepada pasukan peguam untuk langkah tindakan undang-undang.

http://www.kinitv.com/video/47060O74 - Ucapan penuh akuan bersumpah Rafizi Ramli

Semalam, Rafizi mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB.

Rafizi menamakan individu misteri itu sebagai bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa.





Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini membuat akuan bersumpah (SD) menafikan menerima wang daripada ahli perniagaan John Soh Chee Wen. 

 "Saya dengan ini menafikan saya pernah menerima satu sen pun dalam apa jua bentuk dari apa sahaja individu sama ada John atau Soh atau John Soh atau Soh Ch
ee Wen. “Ini adalah akuan bersumpah saya,” kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. 

 Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan meminta Rafizi untuk akuan mengenai dakwaan itu, yang pertama kali dibangkitkan oleh Raja Petra Kamaruddin. Susulan itu, bekas Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mendakwa Rafizi menerima RM20 juta daripada Soh. 

 Soh kini ditahan di Singapura, dan berdepan dengan sejumlah 188 dakwaan yang berkaitan dengan mengganggu saksi dan pelanggaran Akta Sekuriti dan Niaga Hadapan.

16 comments:

  1. Harap pertikaian ini diselesaikan di mahkamah.

    ReplyDelete
  2. 1. PAS nafi dakwaan SR....nak saman tapi belum lagi

    2. PAS nafi dakwaan Husam....nak saman tapi belum lagi

    3. Nasha nafi dakwaan Rafizi....nak saman tapi kena tunggu dulu nasihat peguam.

    Saya suka sandiwara orang politik dalam malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya org bodoh mcm kau ni yg percaya dgn fitnah mp pondan

      Delete
    2. 9.41 bahlol. Mp pondan kepala bapak kau. Sekurangnya dia berani bongkar salahlaku org. Nak harap kat kau takdelah. Hampas nak mampus. Setakat melalak kat blog orang jelah. Cakap besar tapi kote kecik. Laporan kat sprm memang ada. Tu pasal najin barua kau buang semua org dalam task force. Jelas kau di lahirkan bangang utk faham benda2 yg mudah. Kalau mo pondan tak bongkar ..berbillionlah barau najib samun duit rakyat. Pesan aku ..kalau bangang ..diam jelah. Kalau nak tau ..tanya kat org yg tau.

      Delete
    3. Terima kasih kerana mengatakan saya bodoh. Saya percaya kata rafizi sebab bukan fitnah. Ingat, kalau sprm dapati nasha bersalah...saya tak skan maaf kamu dunia dan akhirat....

      Laillahailla anta subhanakainni kuntu minazzalilimiin

      Delete
    4. Rafizi dpt info tak cukup masak lagi tapi dia gila publisiti, dia akan buat jadi hujah macam nampak real. Standard pemimpin PKR sejak dulu. Langkah kajang apa hal? Takda maknanya Orang berani tuduh sana sini tapi tuduh takda bukti cukup itu pemfitnah namanya ngok! Sekadar dengar dengar org sprm cakap...kalau org sprm tu berniatnak.kelentong apamcmm?

      Delete
    5. ko pn sama lah 1:13
      tggu je la masok court nti..kalo bukti tu btl apa mcm..dok diam je tgk drama baru nk mula..sengal..tau nk maki2 org je mcm tok guru ko..kan

      Delete
    6. 9:41pm;
      Hang tu yang bodo piang, Rafizi buat akuan berkanun untuk menyatakan kenyataan beliau. Jika Nasa itu tidak melakukan seperti didakwa oleh Rafizi, dia juga perlu membuat akuan berkanun menafikan dakwaan Rafizi dan heretlah Rafizi ke mahkamah...ada brani???

      Delete
  3. Menuduh dan menyebarkan cerita politik ni memang sedap. Tapi beringatlah tuan/puan akibat menyebarkan fitnah. Mengapa kita terlalu gembira menjatuhkan sesama Islam. Musuh musuh Allah pula kita sanjung walau disabit rasuah.

    ReplyDelete
  4. Bukan masa untuk nafi mafi maki. Buktikan awak berseh. Court dalam cakap polis report jufa buat.

    ReplyDelete
  5. Yang teramat terang dan nyata PAS sebagai anak butir taik UMNO, sekarang ini terlalu lunak bersama UMNO. InnaUMNOiwainnaUMNOirojiun.

    ReplyDelete
  6. Aisey man . Itu SUA PAS sebut nama RPK dengan Chegu Butt apa hal ??

    Dua dua malaun ni tak bolih pakai punya !

    Satu Raja kaki mabuk .

    Satu lagi dah dua kali kena sentot dalam PRU . Akhir sekali PKR pun kasi sentot sama dia .

    ReplyDelete
  7. 9.19, Jika ada bukti di pihak pembangkang atau "musuh islam" melakukan rasuah sila laporkan ke pihak berkuasa.

    Tiada siapa yg ingin berkhalwat dengan penjenayah.

    Begitu juga pelbagai tuduhan terhadap Tun dan anak2nya.

    Malang sekali umat islam hari ini,

    Hakikat dan kenyataannya, Pemimpin no 1 negara bernama najib adalah merupakan penyamun dan pencuri wang rakyat.

    Najib beri 90 juta wang curi kepunyaan rakyat kepada nasharudin seterusnya dibahagi bahagikan kepada pemimpin2 PAS untuk turut sama bersubahat.

    Jika begini sifatnya najib dan hj hadi, maka bersedialah rakyat malaysia yg tidak bersalah turut sama menerima bala dan malapetaka dari Allah SWT.

    ReplyDelete
  8. pesal 90? kenapa tak cukup 100 jek..

    ReplyDelete
  9. Dulu sokong pas masuk syurga .La ni sokong PAS dapat juta juta

    ReplyDelete
  10. Alaa Ustaz....saman la Piji,jgn sekadar menafikan saja...xleh pakai penafian tu. Jgn takut....saksi dh ramai. Saman ya Ustaz....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com