innity

pages

Thursday, April 27, 2017

[NAK JADI KETUA RUPANYA] Jika nak kerjasama, DAP dan PAN mesti setuju PAS jadi ketua


KOTA SARANG SEMUT, 30 Rejab 1438H, Khamis – PAS menetapkan syarat kepada mana-mana parti yang mahu bekerjasama, mesti bersetuju membenarkn parti Islam itu menjadi peneraju.
Mursyidul Amnya, Ustaz Hashim Jasin berkata, syarat itu ditetapkan bagi mana-mana parti yang ingin bekerjasama dengan PAS.
Katnya, jika DAP dan PAN mahu memujuk PAS menjalinkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik melibatkan ketiga-tiga parti, mereka perlu setuju dengan syarat itu.
“Mengenai tahaluf siyasi, memang PAS tidak pernah menutup pintu untuk berkerjasama umtuk membentuk blok ketiga.
“Cuma pada kali ini berdasarkan pengalaman lampau, PAS banyak bertahaluf, jadi kita letak syarat begitu supaya menjamin kebaikan dan kebajikan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat Pas Ke-57 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, hari ini.
Dalam pada itu, Dewan Ulama PAS pula menyatakan kekecewaan dengan sikap DAP yang menentang usaha PAS memartabatkan Islam di negara ini.
Ketuanya, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, parti-parti yang pernah menjadi rakan sekutu PAS sanggup mengenetepikan Islam hanya kerana mahu mencapai impian untuk menukar kerajaan.
“Apa yang disedihkan rakan-rakan sekutu lalu dalam merintis jalan ke Putrajaya mereka menyanggah Islam.
“Malah, penentangan mereka dalam usaha pelaksanaan Islam lebih kuat daripada UMNO,” katanya.
- ismaweb

5 comments:

  1. Only fools want PAS as a leader.

    Leaders no credibility.

    ReplyDelete
  2. Jika PAS dibenarkan mengetuai pakatan pembangkang, lagi jadi lebih jahanam perjuangan menentang UMNO/BN. PAS yang merupakan parti anak butir taik UMNO, tanpa diragui adalah pembelot dan pengkhianat aspirasi rakyat, ptuih!

    ReplyDelete
  3. Saya melayu muslim. Saya tak rela diperintah oleh melayu muslim munfiq seperti PAS dan tak mahu lagi diperintah oleh parti melayu islam perasuah Umno. PERIOD

    ReplyDelete
  4. Apa saja yang Hashim Jasin dok merepek ni

    ReplyDelete
  5. Sokong hashim jasin. Betul tu biar parti berlandas aIslam yg lead. Parti yg idealogi celaru akan bawa negara ke arah rasuah juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com