innity

pages

Wednesday, April 12, 2017

NAJIB'S EXIT PLAN] Petanda Najib akan lepas jawatan, kata AMANAH


Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Salahuddin Ayub menafsirkan pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai petanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi.

"Pelantikan Hishamuddin sebagai menteri tugas-tugas khas adalah isyarat Najib akan berundur dari jawatan perdana menteri dalam tempoh terdekat dan Hishamuddin akan ambil alih jawatan untuk memastikan kesinambungan dan hayat Umno dalam pihanraya umum akan datang," kata beliau menerusi tweet.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, tambah Salahuddin, beliau tidak akan terkejut jika Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima nasib yang sama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Demi survival Najib dan Umno, saya tidak terkejut (Ahmad) Zahid akan menerima nasib seperti Muhyidin," katanya.

Pada masa yang sama, Salahuddin turut menzahirkan kebimbangan jika 'tugas-tugas khas' yang diberikan kepada Hishamuddin adalah untuk 'melenyapkan' isu 1MDB.
"Hanya Hishamuddin yang menjadi kepercayaan Najib," katanya sambil merujuk hubungan antara keduanya adalah sepupu.
Sebentar tadi, Najib mengumumkan pelantikan Hishamuddin sebagai menteri dengan tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa hari ini.
Dalam kenyataanya, Najib turut menjelaskan bahawa Hishamuddin masih kekal sebagai menteri pertahanan.
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli meramalkan pelantikan Hishamuddin itu bukan perkembangan baik untuk cita-cita politik Ahmad Zahid.
Beliau melihat langkah itu sebagai restu langsung daripada Najib.
“Ini sama ada Hishammuddin mahu cabar (Ahmad) Zahid untuk kerusi timbalan presiden Umno atau Hishammuddin sendiri bermasalah mempertahankan kerusi naib presiden yang disandangnya,” kata Rafizi.

4 comments:

  1. Najib pun lenyap dari muka bumi
    Terbongkarlah kebejatan najib
    Merengkoklah najib dalam kandang penjara
    Hancur lan bn umno..amin ya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib tak hancur
      yg hancur adalah taik
      ph adalah taik

      Delete
    2. 755, contoh terbaik abak cirit taek low, yg tidak capai tahap minima utk berhujah di mana2 blog.
      Kesian, dia tk tahu pun kekurangan yg ada pada diri senditi.

      Delete
  2. Kalau sudah keadaan begini pun masih ada lagi Macai-Macai MO1,,bermakna orang tersebut betul-betul punya stupid !!!
    Kenapa harus Najib beri laluan jika beliau tidak ada melakukan apa apa kesalahan,, pakai akal kita yang sihat untuk berfikir sejenak...!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com