innity

pages

Friday, April 21, 2017

Najib: Penjawat awam perlu setia, dah sumpah dukung k'jaan


Penjawat awam di negara ini perlu mempunyai semangat kesetiaan dan kebersatuan dalam usaha memastikan Malaysia menjadi sebuah negara berjaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata sejarah memperlihatkan betapa empayar Melaka itu jatuh kerana tiada semangat kesetiaan dan kebersamaan dalam kalangan anggota kerajaannya juga mereka yang bertanggungjawab menyokong barisan kepimpinan empayar itu.
"Prinsip kesetiaan penting, kita sudah angkat sumpah sebagai penjawat awam mendukung kerajaan dipilih rakyat maka kerana itu wajib bagi kita (ada semangat kesetiaan), perkara kedua perlu ada juga ialah semangat kebersatuan sesama kita.
"Kebersatuan dalam erti kata kita ini satu keluarga menuju ke arah satu matlamat...budaya melaga-lagakan antara kita mesti kita hapuskan, kita elakkan," katanya semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di Ayer Keroh di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Naim Abu Bakar, barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan kira-kira 10,000 penjawat awam di negeri ini.
Najib berkata tidak lama dahulu insiden Lahad Datu telah memperlihatkan kepada negara bahawa disebabkan tiadanya kesetiaan, seramai lapan pegawai dan anggota polis terkorban akibat diserang hendap.
"Mereka terbunuh kerana ada seorang rakan mereka memberi maklumat bocor kepada pengganas menyebabkan mereka diserang hendap...lapan orang anggota polis itu terkorban kerana tidak ada kesetiaan dalam kalangan anggota mereka sendiri, "katanya.
Perdana menteri berkata sejarah empayar Melaka juga memperlihatkan bahawa tiadanya kebersatuan dengan perbuatan melagakan Tun Mutahir dengan keluarga Tun Perak, antara lain, telah menyebabkan kejatuhan sebuah empayar yang disanjung tinggi.
Beliau berkata pengasas Alibaba Group, Jack Ma pernah menyatakan kepadanya dua faktor kejayaan ikon bidang teknologi maklumat itu ialah mahukan keberhasilan yang besar dan kecekapan terbaik.
"Sebab itu dia beritahu kepada saya adakah kita mampu laksanakan zon perdagangan bebas digital pertama di luar China, saya beri persetujuan dalam masa 10 minit sahaja...kita boleh tunjuk kepada rakyat Malaysia kita melangkah ke hadapan, kita bukan calang-calang negara, kita ada cita-cita besar untuk negara kita," katanya.
Najib berkata dalam merealisasikan cita-cita dan impian besar negara, penjawat awam perlu sampaikan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
"Sebab itu hari ini saya nak tekankan bila bertemu penjawat awam, bahawa anda perlu tunaikan tanggungjawab sebagai anggota penjawat awam. Jika anda sampaikan dan tunaikan segala rancangan kita, ia akan menjadi kenyataan (kerana) kita ada pelan besar untuk Malaysia," katanya.
Beliau berkata antara pelan besar yang perlu dilaksanakan itu ialah Rel Berkelajuan Tinggi melalui Ayer Keroh di sini dan penyampaian daripada penjawat awam mampu untuk memastikan pelan sepertinya menjadi kenyataan.
"Kita ada buat banyak projek untuk Melaka, untuk apa? untuk kesejahteraan rakyat negeri Melaka...sebab itulah tuan puan sekalian tak payahlah dengar sangat (dakwaan) pembangkang ," katanya. -Bernama

5 comments:

  1. Empayar Malaysia jatuh malu rasuah muflis kerana najib

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Setia pun kena berpada pada, bukan pada benda yg mungkar..... Takkan kalo orang tu samun, mencuri, guna duit rakyat sesuka hati makbapak die, kita perlu sokong..... Ingat Amar makruf Nahi Mungkar.....mengajak kepada kebaikan, cegah kemungkaran....si Najib ni, dh terdesak sangat ke sampai nk amik simpati rakyat? Kalo bole semua benda yg kerajaan buat, suruh sokong, x kisah la kalo ade unsur penyelewengan ke,harta tergadai ke, atau unsur 2 pembaziran wang rakyat semua kene sokong.... Cukuplah selama ni rakyat hidup sengsara dibawah najib, kita mesti tukar......

    ReplyDelete
  4. Setia pun kena berpada pada, bukan pada benda yg mungkar..... Takkan kalo orang tu samun, mencuri, guna duit rakyat sesuka hati makbapak die, kita perlu sokong..... Ingat Amar makruf Nahi Mungkar.....mengajak kepada kebaikan, cegah kemungkaran....si Najib ni, dh terdesak sangat ke sampai nk amik simpati rakyat? Kalo bole semua benda yg kerajaan buat, suruh sokong, x kisah la kalo ade unsur penyelewengan ke,harta tergadai ke, atau unsur 2 pembaziran wang rakyat semua kene sokong.... Cukuplah selama ni rakyat hidup sengsara dibawah najib, kita mesti tukar......

    ReplyDelete
  5. PM01 PENJAWAT numero uno melanggar SUMPAH dengan TIDAK AMANAH mentadbir negara. 1MDB dibuat semacam kantung wang atuk-nenek-moyang dia jer dia...

    -sebat
    -sengat
    -curi
    -agih
    -tabur
    -songlap
    -pakai
    -guna
    -tebar
    -dan lagi
    -dan lagi...

    ikut suka hati dia bagi kat

    -Jho Lo
    -Anak tiri Riza Aziz
    -Anak betul dia
    -menteri UMNO
    -orang UMNO
    -Haji
    -Umrah
    -baik pulih Masjid

    Semua di atas terbukti (bukan FITNAH) dah dibuat...itupun setelah bermatian MENIPU, TEMBERANG, KELENTONG, MENGULAR, MEMBELIT, yang duit tidak masuk account private dia!?

    Ini belum ditambah wang SRC Intl 42 Juta yang masuk senyap-senyap...

    PM01 nak lari mana tipu sana, tipu sini, wang keluar-masuk semua ada trace-perjalanan dari mana (SOURCE) dan dimana berakhir (RECIPIENT)..., ini tak boleh kelentong! diantara tengah tengah wang tuh menular itu permainan SONGLAP-MATA hanya nak mengaburkan rakyat!

    Rakyat Malaysia dimana saja must do their utmost duty to the country ie. rid the country from this mess making sure the No. 1 KLEPTOCRAT is ousted and be made to stand trial (giving him the benefit of DEFENDING himself and his BAND of THIEVES) to proof his scam and skimming of monies from the government's coffers didn't happened!?

    If it is destined that PM01 and his Band of THIEVES would still rule beyond GE14, then rakyat Malaysia will have only themselves to blame, period!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com