innity

pages

Monday, April 17, 2017

Najib BERUNDUR sebelum PRU14


*NAJIB AKAN BERUNDUR SEBELUM PRU 14*

1. Pada 4 March 2017, kenyataan akhbar saya yang bertajuk "AKAN ADA YANG MINTA JAWATAN PM"  saya telah meramalkan akan ada individu atau tokoh Umno yang datang berjumpa dan memujuk Najib supaya berundur dengan terhormat demi memastikan kelangsungan kuasa Umno dalam mendepani cabaran pilihanraya umum ke 14.

2. Berbetulan pejabat DOJ Amerika telah pastinya dalam waktu terdekat memiliki cukup bukti kukuh untuk melakukan tindakan perundangan terhadap pelaku-pelaku skandal 1MDB dan MO1 demi memelihara intergriti negara mereka. Perkembangan ini sangat merisaukan Najib dan Umno BN. Sekiranya kita berada di sepatu atau kedudukan Najib maka mencari jalan keluar adalah pilihan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.

3. Isu IMDB dan MO1 telah menjadi "sumpahan berpuaka" bagi Najib dan Umno. Sumpahan ini telah menghantui setiap inci kehidupan Najib dan jalan keluar yang terbaik ialah Najib berundur dan memberi laluan kepada kepimpinan baru menrajui Umno.

4. Bagi Najib isunya sekarang adalah jaminan keselamatan keluarga dan hartanya setelah bersara. Najib tiada pilihan lain melainkan memberikan kepercayaan kepada sepupunya Hishamuddin Husein bagi tujuan tersebut.

5. Lantaran itu  saya langsung tidak tersentak apabila Najib dengan tidak terduga mengumumkan perlantikan Hisamuddin sebagai Menteri Di JPM dengan Tugas-Tugas Khas.

6. Sebagai pengamal politik adalah bagus untuk belajar dan bertindak bijak dengan pengalaman pru ke 11 bila "Mr Clean" menjadi taruhan Umno BN. Pru ke 13 mempertaruhkan kepimpinan baru Najib dan jangan sesekali mengabaikan faktor Adnan Satem dalam menyumbang kemenangan bergaya pilihanraya negeri Sarawak 2016.

7. Kemungkinan Najib memberi laluan kepada Hisamuddin sebagai PM sebelum pru ke 14 adalah telahhan politik yang munasabah. Yang penting bagi Umno BN adalah kelansungan kuasa. Pakatan Harapan (PH) harus bersiap lebih awal dengan penampilan yang menyakinkan dan perpaduan yang mantap.

*Salahuddin Hj Ayub*
_Timbalan Presiden Amanah_
17 April 2017

9 comments:

  1. Amin ya Allah makbulkan DOA rakyat Malaysia guling tangkap najibrazak umno bn. Insyallah

    ReplyDelete
  2. Ramalan nujum pak belalang dari pan...

    ReplyDelete
  3. Salahuddin belum lagi berjaya buat telahan yg tepat. Namun PH mustahil akan menang undi melayu kalau formulanya masih kena ada DAP dlm pakatan pembangkang. Keluarlah dari kepompong yg sama spt masa Anwar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8.00

      kamu bodoh takut DAP....melayu dah tak guna akal Allah beri. Boleh pula bersekongkol dengan PENYAMUN.....mana otak orang melayu dan muslim????

      Delete
    2. Setiap kali kita kata tak mau DAP depa kata kita takut DAP. Apa punya naif manusia ni.

      Aku nak tanya kenapa dilarang bersepakat dgn zionist? Sebab yahudi akan khianat perjanjian, menipu, membuat kejahatan dan membunuh kawan yg disepakatinya. Begitulah juga dgn.musyrik DAP. Mrk pasti akan khianat sebaik mrk mendapat kekuatan baru dan bertambah kuat.

      Kemenangan akan lebih terjamin dan selamat jika dibuat sesama muslim. Ada ramai lagi muslim yg baik kenapa nak fikir mesti DAP? Kalau kita kalahkan BN pun, cina penyokong DAP akan khianat kita mgkin 5 tahun, mgkin 10 tahun selepas kemenangan ni.

      Kalau tak nak UMNO takpe tapi bersepakat dgn parti sesama muslim je. Biar yg menang hanya muslim dan cina DAP kita tak perlukan kekuatan mrk dan kita tak risau mrk akan berani khianat.

      Delete
  4. Cerita M01 ini dah dikitar semula sekian lama. Entah benar entah fitnah. Kenapa benci sangat sesama Islam? Seolah PM tiada satu kebaikanpun. Berhentilah sebar berita yg tidak tahu benar fitnahnya. Setan sentiasa menampakan baik perbuatan buruk kita. Semoga Allah beri petunjuk dan satukan hati umat islam khususnya di Malaysia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak Ada tp tak guna.. Elok la tu ko jd penjilat najib.

      Delete
  5. Johor exco member expected be charged with corruption tomorrow

    Read more: https://www.malaysiakini.com/news/379552#ixzz4eaMxdOSU

    ORANG KUAT KHALED NORDIN DAN NAJIB

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com