innity

pages

Wednesday, April 26, 2017

Mukhriz dedah usaha sabotaj, pecah belah Bersatu


ALOR SETAR, 29 Rejab 1438H, Rabu – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ada pihak dari parti lawan yang menggalakkan ahlinya menyertai PPBM untuk memecahbelahkan parti pimpinan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
“Kita juga maklum ada unsur sabotaj oleh satu parti lawan yang menggalakkan ahlinya sertai Bersatu dengan tujuan memecah belah kita dari dalam. Hasil siasat segelintir itu turut ditawarkan habuan wang termasuk tawaran tertentu. Kami ambil pendekatan berhemah untuk tangani isu ini,” katanya.
Mukhriz berkata, pihaknya turut mempunyai bukti sahih berkenaan isu itu, dan bukannya tuduhan melulu.
“Memang ada bukti yang didedah tanpa sengaja oleh individu terlibat. Mereka pun sudah umum keluar parti, jadi kami tidak berhasrat ambil tindakan perundangan,” katanya selepas majlis penyerahan watikah kepada Ketua Srikandi Bahagian Bersatu Kedah, semalam.
Beliau memaklumkan, pihaknya juga sudah mengenal pasti segelintir ahlinya yang bermasalah termasuk disogok habuan wang untuk merosakkan parti itu dari dalam.
Beliau bagaimanapun berkata, tindakan perundangan tidak akan diambil terhadap golongan itu memandangkan kesemua yang terpalit dengan kontroversi itu sudah meninggalkan parti.
“Ia melibatkan segelintir ahli parti sahaja, kemungkinan jumlahnya hanya puluhan yang terlibat dengan perbuatan itu. Namun saya ingin tegaskan, ia tidak beri kesan buruk kepada parti kerana majoriti ahli nekad pastikan matlamat untuk selamatkan negara diutamakan,” katanya,
Pun begitu, beliau menjelaskan, bukan semua ahli yang meninggalkan parti itu terjebak dengan sogokan wang yang ditawarkan pihak ketiga.
“Sebahagian ahli yang keluar ada berikan alasan peribadi atau alasan lain,” katanya.
Mukhriz berkata, parti itu mahu menerapkan budaya lebih sihat kepada ahlinya sebagai pegangan dengan mengekang budaya makan dedak mahupun mengampu pemimpin untuk jawatan selain menolak rasuah.

7 comments:

  1. Huh...pasai apa bodoh sgt smpai kena tipu camtu...buatlah alasan yg cerdik sikit..

    ReplyDelete
  2. Masa bwlum berkuasa semua nk selamatkn negara tp bila dah berkuasa nk selamatkan nama baik parti semua yg salah didembunyikan mcm BN.Rakyat tetap jd mangsa.

    ReplyDelete
  3. Sudah lah! Bila orang terlibat bersama-sama menubuhkan PPBM keluar parti, dikatakan mereka cuba merosakkan PPBM dari dalam.. Nak diambil tindakan, mereka pula telah keluar parti.. Dah kalau dulu masa penubuhan, mengapa kamu mengambil mereka bekerja kalau mereka tu perisik daripada parti lawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very simple sebab dulu masih tahu tujuan mereka masuk parti,,apa lah semak sangat fikiran anda??

      Delete
    2. dah sampai kot lori dedak yang dijanjikan ..

      Delete
    3. Anon 1:43..kau bole baca hati org ka? Kalau mcm tu senang la hidup.bole tau isi hati org.tak payah ada undang2 la kalau mcm tu.singkat betul la pemikiran kau..

      Delete


  4. Biasalah.... Bila PRU dah dekat, keluar masuk parti jadi mainan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com