innity

pages

Monday, April 3, 2017

Malaysia dalam senarai 16 negara ‘menipu’ rugikan ekonomi AS

Pentadbiran Presiden Donald Trump pada minggu lalu memulakan penyiasatannya dalam usaha menghapuskan apa yang didakwanya amalan perdagangan yang merugikan ekonomi Amerika Syarikat, dan antara 16 negara yang disenaraikan adalah Malaysia, yang menyebabkan defisit dagangan tidak berpihak kepada AS.
Trump menandatangani arahan eksekutif untuk menyiasat dan mengenal pasti negara dan produk yang menyebabkan AS kerugian hampir AS$50 bilion setiap bulan.
AFP memetik Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross, yang berkata penyiasat akan memperincikan setiap negara dalam senarai, sebelum melapor balik kepada Trump dalam masa 90 hari.
“Ia akan menjadi asas untuk membuat keputusan oleh pentadbiran,” katanya, yang menamakan China negara yang menyebabkan kerugian paling tinggi kepada AS.
Selain China dan Malaysia, negara lain yang menjadi sasaran penyiasatan Trump ialah Canada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, Korea Selatan, Switzerland, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Menurut Ross, penyiasat AS akan mengkaji perdagangan di setiap negara bagi mendapatkan bukti amalan “menipu”, di samping kewujudan perjanjian dagang yang tidak memenuhi tuntutan, penguatkuasaan lemah, penetapan tukaran asing yang salah, dan halangan di bawah Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).
Usaha itu merupakan sebahagian daripada janji pilihan raya Trump untuk mendahulukan kepentingan AS dalam semua urusan antarabangsa.
Ross berkata tidak semua perdagangan 2 hala yang merugikan AS boleh menyebabkan sesuatu negara dituduh menipu.
“Dalam kes tertentu, ia bermaksud mereka lebih bagus dalam sesuatu produk dan dapat mengeluarkannya dengan lebih murah. Tidak semua dalam senarai ini jahat.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com