innity

pages

Monday, April 17, 2017

Lelaki pakai topi pecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan


KOTA BHARU - Wajah seorang lelaki yang didakwa memecah masuk pejabat Menteri Besar Kelantan yang terletak di Blok 1, Kompleks Kota Darulnaim di sini tersebar di laman sosial.
Lelaki yang memakai topi dan membawa beg silang berwarna hitam itu dikatakan suspek utama yang memecah masuk ke pejabat tersebut awal pagi tadi.
Namun kejadian berkenaan hanya disedari kira-kira pukul 7.50 pagi selepas salah seorang kakitangan tiba di pejabat berkenaan untuk memulakan tugas.
Difahamkan, sejumlah wang tunai dan dua bentuk cincin zamrud milik pekerja lesap.
Menurut Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahmad Syazwan Muhammad Hassan, ketika kejadian dokumen dan surat berselerak di atas meja.
Katanya, terdapat kesan umpil pada laci dan pemeriksaan lanjut mendapati ruang kerja kakitangan lain turut diumpil.
"Terdapat kesan umpil pada cermin tingkap pejabat dan kita percaya ia menjadi laluan masuk pencuri terbabit.
"Kami telah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 8.19 pagi dan turut menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad mengesahkan kejadian tersebut.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah dan mencuri. - K! ONLINE

1 comment:

  1. Bukan nak curi duit sgt tu...tapi nak curi dokumen nak sabotaj kot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com