innity

pages

Monday, April 10, 2017

Kit Siang tidak pernah berniat jadi PM, tegaskan ia jawatan untuk Melayu

GEORGE TOWN, 6 DIS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak pernah berniat mahu menjadi Perdana Menteri, malah bertegas bahawa jawatan itu adalah milik orang Melayu berdasarkan realiti politik negara ini.
Beliau sekaligus menafikan barisan kabinet palsu yang menyenaraikan pemimpin Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Senarai itu menyenaraikan Kit Siang sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan manakala Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Timbalan Perdana Menteri.
pc kit siang
Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, barisan kabinet palsu yang dimuatnaik di media sosial tersebut sengaja disebar oleh ‘tentera siber’ UMNO bagi menyemarakkan lagi ketakutan dan kebencian di kalangan rakyat terhadap DAP menjelang PRU14.
“Ini merupakan kempen serangan propaganda gaya ala-Nazi – ‘Big Lie’ oleh UMNO yang semakin hebat kerana ia telah pun dilancarkan sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan Agung UMNO hujung minggu lalu.
“Tidak pernah dalam 51 tahun saya berpolitik, saya terfikir untuk menjadi PM,” ujarnya di sidang media di ibu pejabat DAP Pulau Pinang hari ini.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebelum ini turut memberi jaminan bahawa DAP tidak pernah meminta orang Cina dijadikan Perdana Menteri dan sentiasa menyokong seorang Melayu untuk jawatan itu, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“DAP tak akan kuasai kerajaan jika pakatan pembangkang menang, tetapi akan jadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab,” katanya di Persidangan Tahunan DAP ke-50 di Shah Alam pada Ahad lepas. – Roketkini.com

1 comment:

  1. Unmo. Yg hancur. BM.yang hapuslenyap.amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

innity

Recent Posts

Recent Posts Widget

Blog Archive

Total Pageviews

Alexa

review http://www.celahgelegar.blogspot.com on alexa.com